Now Reading
Penambahan Ciri Pematuhan Keselamatan & Peribadi Chainalysis Oleh Bitfinex

Penambahan Ciri Pematuhan Keselamatan & Peribadi Chainalysis Oleh Bitfinex

Seiring tindakan yang diambil pihak kawal selia di seluruh dunia untuk mengawasi industri mata wang kripto, Bitfinex turut mengambil langkah proaktif menerusi penambahan kaedah penyelesaian yang patuh anti pengubahan wang haram dengan kerjasama syarikat analisis blok rantai, Chainalysis.

Melalui penambahan ciri tersebut, Bitfinex sebagai sebuah platform pelaburan mata wang kripto dan aset digital dapat mengesan serta membendung aktiviti haram serta pengubahan wang haram yang terdapat pada mata wang kripto.

Bitfinex dalam kenyataannya memberitahu, dalam mewujudkan prosedur pematuhan yang bersesuaian adalah suatu perkara kritikal memandangkan seluruh dunia mula memerhatikan industri mata wang kripto.

“Penambahan penyelesaian ini akan memastikan maklumat pengenalpastian pengguna tidak akan dikongsi dan dikawal ketat. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Chainalysis dalam mewujudkan platform yang kukuh dan selamat bagi pengguna,” jelas Ketua Pegawai Pematuhan Bitfinex, Peter Warrack.

Chainalysis adalah penyelesaian pematuhan yang menyeluruh, komprehensif dan privasi, selaras dengan apa yang kami sedang usahakan untuk membendung aktiviti haram di dalam platform kami, sambil melindungi privasi pengguna yang ada.

Ketua Pegawai Pematuhan Bitfinex, Peter Warrack

Kerjasama itu menyaksikan ciri Chainalysis KYT (Know Your Transaction) diwujudkan bagi mengawasi jumlah besar aktiviti mata wang kripto dan mengenalpasti risiko tinggi yang terdapat dalam transaksi. Amaran waktu nyata (real-time) akan dikeluarkan sekiranya aktiviti berisiko dikenalpasti disusuli oleh kekerapan aktiviti itu dilakukan, yang membolehkan pasukan terlibat tertumpu pada kes yang lebih penting, melaksanakan dasar pematuhan serta pengumpulan sumber dengan lebih baik.  

Pada awal tahun ini, Chainalysis telah mengembangkan kaedah penyelesaiannya ke Bitcoin dan 41 mata wang kripto lain termasuk Ether, Bitcoin Cash, Litecoin, serta stablecoin teratas dan token ERC-20 seperti Tether, Maker, dan Dai.

See Also
Blockchain And Fashion (BCF) Growing Local Industry Through Sustainable Fashion-techcryption

Menurut Ketua Pegawai Hasil Chainalysis:

Kami teruja untuk bekerjasama dengan Bitfinex memandangkan kedua-duanya menyokong mata wang kripto.

Ketua Pegawai Hasil Chainalysis, Jason Bonds

Pematuhan aspek perundangan baharu akan terus membentuk ekosistem dan bagi sesetengah syarikat yang enggan untuk mengambil langkah berkenaan kelak akan ketinggalan jauh. Sepanjang beberapa tahun lalu, Chainalysis sentiasa mencari perubahan di dalam platformnya untuk mudah menyokong teknologi blok rantai bagi mematuhi peraturan kawal selia global.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top