Now Reading
Remaja Syria Ajar Asas Kripto Di Kem Pelarian Iraq

Remaja Syria Ajar Asas Kripto Di Kem Pelarian Iraq

Iraq bukanlah sebuah negara yang aman dengan pelbagai isu rasuah dan protes yang berlaku, mendesak untuk pertukaran kerajaan. Baru-baru ini, seramai 450 mangsa terbunuh dalam demonstrasi anti kerajaan dan turut mengorbankan seorang aktivis berusia 53 tahun, Fahem al-Tai yang ditembak mati. Ramai rakyat Iraq yang meratapi kematian al-Tai.

Walau apa pun yang telah berlaku, seorang remaja Syria dilaporkan mengajar sekumpulan individu di kem pelarian Arbat yang kini mencecah 9,000 penduduk di sana mengenai asas mata wang kripto. Dikenali sebagai Yousif Mohammed Nor Aldeen, remaja berkenaan mahu menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam komunitinya seperti rasuah menerusi mata wang kripto.

Selain itu, Aldeen turut menjelaskan bahawa dia sukakan sifat tidak berpusat mata wang kripto di mana wang dapat diperoleh dan dihantar merentas sempadan tanpa batasan. Dalam pada itu, Aldeen juga percaya bahawa menerusi mata wang kripto, penyimpanan wang menjadi lebih mudah memandangkan wang fiat yang disimpan di bank mungkin akan dicuri kelak.

See Also

Remaja berkenaan juga dilaporkan memiliki sejumlah kecil Ether (ETH) yang diperoleh menerusi program pendidikan tempatan anjuran pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Hello Future.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top