Now Reading
Pengasas TRX Sumbang $1 Juta Kepada Greta Thunberg

Pengasas TRX Sumbang $1 Juta Kepada Greta Thunberg

Pengasas mata wang kripto Tron (TRX), Justin Sun dilaporkan akan menyumbang kepada Greta Thunberg, seorang aktivis alam sekitar berumur 16 tahun.

Sumbangan itu dijangka akan digunakan untuk menyokong inisiatif perubahan iklim dan pemanasan global yang dilancarkan oleh gadis asal Sweden itu. Greta juga dinamakan sebagai Time Person 2019 kerana keazaman dan kata-kata beliau yang mengejutkan seluruh dunia.

Namun, pengumuman yang dibuat melalui akaun Twitter milik Justin, ia menerima pelbagai kecaman daripada warga netizen. Tindakan Justin itu dikatakan hanya menumpang popularity Greta.

Selain itu, ada juga komen yang menyindir Justin kerana gagal mengotakan janji beliau untuk memberi sebuah kereta Tesla sebagai hadiah. Namun, tiada bukti bahawa hadiah itu sampai kepada pemenang.

See Also
Four Men and A Woman Caught for Stealing 85 Bitcoin Machines in Seremban-Techcryption-01

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa tindakan pengasas TRON itu sekadar mencari publisiti, semoga ia benar kerana sumbangan itu bakal membantu Greta dalam usahanya untuk menyelamatkan alam sekitar.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top