Now Reading
Gambar Taylor Swift Diguna Dalam Serangan ‘Malware’

Gambar Taylor Swift Diguna Dalam Serangan ‘Malware’

Semakin berkembang teknologi, semakin meningkat jenayah siber dalam dunia web, dan ruangan kripto juga tidak ketinggalan terkena tempias. Walaupun sifat mata wang kripto tidak dapat diubah, telus dan tidak bepusat, namun penjenayah siber tetap mempunyai taktik untuk menggodam platform berkenaan dan mencuri maklumat sebanyak yang mungkin.

Baru-baru ini, walaupun laporan Kaspersky Security Bulletin menunjukkan penurunan dalam bilangan malware perlombongan (mining), namun bilangan kes ugutan kripto serta ‘sextortion’ masih meningkat. Firma keselamatan digital, SophosLabs melaporkan bahawa terdapat botnet perlombongan kripto tersembunyi dalam gambar selebriti terkenal, Taylor Swift.

Taylor Swift yang pernah dinobatkan sebagai artis terbaik pada Anugerah Muzik Amerika mempunyai pendapatan mencecah $360 juta sehingga Jun 2019. Penggodam pada masa kini cuba untuk menyerang komputer dengan menyembunyikan fail EXE di dalamnya yang dilihat seperti imej JPEG biasa dengan menggunakan gambar Taylor Swift.

See Also

Dikenali sebagai botnet MyKings, penggodam menggunakan steganografi, iaitu sebuah teknik popular yang digunakan penggodam untuk menyorok ‘malware’ disebalik imej biasa.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top