Now Reading
Malaysia Terbuka Untuk Mata Wang Kripto, Tidak Lagi Bergantung Kepada Dolar AS

Malaysia Terbuka Untuk Mata Wang Kripto, Tidak Lagi Bergantung Kepada Dolar AS

Pada persidangan Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung semalam, beberapa cadangan dan jalan penyelesaian telah diutarakan untuk dipraktikkan dalam negara-negara Islam seluruh dunia. Salah satu agenda yang dibincangkan pada sesi meja bulat bertemakan “ Keutamaan Pembangunan & Cabarannya” adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju atas cadangan Iran untuk menggantikan dolar AS dengan mata wang kripto.

Idea untuk mewujudkan mata wang standard bagi negara Islam sebelum ini pernah diusulkan bagaimanapun terhenti kerana terdapat pertikaian daripada pihak berkuasa atasan. Dr Mahathir menjelaskan bahawa ideanya untuk memperkenalkan mata wang sedemikian ditentang untuk beberapa kali.

Kita tidak boleh sentiasa menggunakan dolar Amerika, kerana kelak akan menjadi terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat yang mempunyai sekatan terhadap negara Islam dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Ini adalah pertama kali kami mendengar akan idea begini (penggunaan mata wang kripto) daripada Iran dan Turki. Jika kita tidak lagi menggunakan Dolar AS, kita mempunyai mata wang sendiri atau boleh wujudkan mata wang standard

See Also
Volvo will use blockchain to prove its cobalt wasn’t mined by children-Techcryption-01
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Selain itu, Mahathir juga memberitahu bahawa Malaysia sedia untuk bekerjasama dengan Iran dan Turki berhubung bidang teknologi memandangkan mereka lebih ke hadapan berbanding negara Islam yang lain.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top