Now Reading
TYGS Anjur Bengkel DAO of Wu, Peluang Teroka Teknologi ‘Blockchain’

TYGS Anjur Bengkel DAO of Wu, Peluang Teroka Teknologi ‘Blockchain’

Menjelang abad ke-21, setiap negara saling berkejaran untuk menghasilkan teknologi canggih yang dilihat melengkapi keperluan harian manusia. Penggunaan teknologi bukan sahaja diadaptasi dalam bidang kejuruteraan mahupun sains pengkomputeran, malah bidang hiburan dan kreatif turut tidak ketinggalan.

Apabila melibatkan bidang hiburan, pemain industri terus meneroka teknologi terbaik yang akan menyumbangkan kepada kestabilan dan kemampanan industri. Salah satu teknologi yang dilihat bakal menyumbang kepada pembangunan bidang hiburan adalah menerusi blok rantai (blockchain).

Sehubungan itu, Think You Got Skillz (TYGS) adalah sebuah platform pertandingan bagi penyanyi rap untuk menonjolkan bakat, kali ini membawa kelainan dengan bakal menganjurkan sebuah bengkel ‘DAO of WU’ yang bertajuk “Building Sustainable Creative Communities” Vol 1.

Butiran bengkel berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Januari 2020

Masa: 1pm – 4 pm

Tempat: Common Ground, TTDI

TYGS dalam kenyataan medianya memberitahu, antara perkara yang akan dibangkitkan pada bengkel berkenaan adalah bagaimana untuk membina komuniti kreatif yang mampan menerusi pengadaptasian teknologi membangun dan mewujudkan sebuah pengurusan yang akan memperkukuh kesemua ahli.

See Also

Pada bengkel berkenaan, peserta berpeluang untuk meneroka teknologi blok rantai dan kelebihannya; kelebihan sistem tidak berpusat; falsafah DAO of Wu; sumber dan kaedah teknologi terkini; serta pelaksanaan praktikal.

Jason “Vandal” Schadt, seorang penyanyi rap yang sejak dua dekad lalu membina komuniti di seluruh dunia antara individu yang turut serta untuk berkongsikan pengalamannya pada bengkel DAO of Wu. Beliau sebelum ini telah banyak menyumbangkan jasa dalam menghubungkan jurang antara budaya, muzik dan teknologi.

Lebih menarik, bengkel tersebut turut bakal menampilkan persembahan daripada Beatboxer and Entrepreneur Coex diiringi alunan muzik oleh Greg Ramanado. Jangan lepaskan peluang kerana tempat adalah terhad iaitu hanya 50. Pendaftaran boleh dibuat pada laman web: https://www.eventbrite.sg/e/building-sustainable-creative-communities-vol1-tickets-847 01278805

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top