Now Reading
Apa Itu ‘Margin Trading’ ?

Apa Itu ‘Margin Trading’ ?

‘Margin trading’ merupakan pinjaman modal untuk melakukan pelaburan bagi melipat gandakan keuntungan dengan pantas. Dalam pelaburan konvensional seperti forex, komoditi dan aset, pinjaman itu diperuntukkan oleh pihak ketiga iaitu ‘broker’ pelaburan. Namun, bagi mata wang kripto pula berbeza kerana pinjaman dikeluarkan oleh pelabur lain.

Pihak pelabur yang memberikan pinjaman akan mendapat faedah (interest) berdasarkan permintaan pasaran ‘margin trading’. Kebanyakan pertukaran mata wang kripto turut menawarkan ‘margin trading’ seperti Binance, tetapi itu jarang sekali berlaku.

Sebelum anda berani untuk melakukan ‘margin trading’, pastikan anda betul-betul memahami konsep pelaburan ini. Ini adalah kerana, walaupun ‘margin trading’ dapat menawarkan keuntungan yang lebih cepat dan besar, namun anda juga berisiko untuk mengalami kerugian yang besar, bergantung kepada sebesar mana ‘pinjaman’ anda. Pastikan anda betul-betul mahir untuk meramal trend pasaran dan memahami kaedah pelaburan ini.

Bagaimana Untuk Menjalankan ‘Margin Trading’?

Sekiranya anda ingin melakukan pelaburan ini, anda perlu memiliki akaun ‘margin trading’. Bagaimana untuk melakukannya? Bergantung kepada platform pertukaran yang anda gunakan. Untuk memulakan ‘margin trading’, anda perlu memasukkan sejumlah mata wang kripto yang akan bertindak sebagai cagaran (collateral). Seperti di Binance, jumlah cagaran ini yang akan menentukan ratio atau peratusan pinjaman anda, atau dipanggil Leverage. Bagaimanapun, terdapat juga platform pertukaran lain yang membenarkan anda memilih ratio leverage, namun ia tetap bergantung kepada jumlah wang kripto cagaran anda.

Jadi, apa pula leverage? Seperti yang diterangkan sebentar tadi, leverage adalah ratio kepada pinjaman anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin melabur ‘margin trading’ sebanyak $100,000 dengan ratio leverage 10:1, maka anda perlu memindahkan sebanyak $10,000 ke dalam akaun ‘margin trading’. Jika ratio yang ditetapkan adalah 3:1 untuk membuka pelaburan sebanyak 3 BTC, maka anda perlu memindahkan 1 BTC ke dalam akaun ‘margin trading’ sebagai cagaran. Faham setakat ini?

Bagaimanapun, kebanyakan platform pertukaran atau pelaburan aset mahupun komoditi lain telah menetapkan peraturan dan kadar leverage mereka. Kebiasaannya, bagi pelaburan saham, ratio 2:1 sering digunakan, manakala dalam pelaburan forex pula, standard ratio adalah 50:1. Tetapi, lain pula leverage dalam mata wang kripto di mana ratio bermula daripada 2:1 sehingga 100:1 dan komuniti kripto cenderung untuk menggunakan terma ‘x’. Sebagai contoh: (2x, 5x, 10x, dan seterusnya).

‘Margin Trading’ boleh digunakan untuk membuka ‘long position’ dan ‘short position’. ‘Long position’ adalah pembelian pelaburan aset oleh pelabur dengan jangkaan harga aset akan meningkat. Manakala, ‘short position’ pula adalah apabila pelabur akan menjual ‘security’ atau pinjaman pelaburan terlebih dahulu, dan akan membelinya semula apabila harga aset menurun.

Amaran: Pemberi pinjaman mempunyai hak untuk mencairkan ‘collateral’ anda sekiranya pergerakan pasaran bertentangan dengan sasaran anda. Sebagai contoh, jika anda membuka ‘long position’ dan harga pasaran menunjukkan penurunan signifikan, anda akan dinotifikasi dengan ‘margin call’, ini bermakna anda perlu memindahkan lebih dana cagaran ke dalam akaun margin. Sekiranya gagal, dana sedia ada akan dicairkan.

Kelebihan & Kekurangan ‘Margin Trading’

Walaupun ‘margin trading’ mempunyai risiko, tetapi ia menawarkan keuntungan yang tinggi. Secara logiknya, semakin banyak anda melabur, semakin besar peluang untuk anda jana keuntungan tinggi, tetapi berhati-hati dengan risiko kerugian. Kedua, menerusi ‘margin trading’, anda berpeluang untuk membuka beberapa ‘position’ dengan modal pelaburan yang rendah. Seterusnya, ‘margin trading’ juga membantu pelabur untuk membuka ‘position’ besar dengan lebih mudah dan cepat dengan dana yang sedikit.

Selain menawarkan pelbagai kelebihan buat pelabur, namun mereka juga terdedah dengan risiko kerugian yang tinggi. Pelabur juga terdedah dengan kerugian melebihi pelaburan awal cagaran (collateral) dan walaupun harga aset menunjukkan penurunan sedikit, namun kerugian yang bakal dihadapi pelabur amat besar.

See Also

‘Margin Trading’ Dalam Mata Wang Kripto

‘Margin trading’ bagi aset lain, saham atau komoditi mempunyai risiko kerugian tersendiri. Namun, ‘margin trading’ dalam mata wang kripto memberi risiko yang jauh lebih besar dan kerugian yang amat tinggi. Ini adalah berikutan harga mata wang kripto sangat tidak menentu, disebabkan itu pelabur ‘margin trading’ perlu lebih berhati-hati dan benar-benar mahir mengenai kaedah pelaburan ini.

Peringatan: Pastikan anda telah memahami analisis teknikal, mengenal pasti carta dan trend serta yang paling penting, pastikan anda mempunyai strategi pengurusan risiko yang betul.

Selain daripada ‘margin trading’, sesetengah platform pertukaran lain turut menawarkan ‘margin funding’ yang mempunyai ciri-ciri sama dan menggunakan kaedah leverage. ‘Margin funding’ adalah pelabur lain akan memberi dana kepada pelabur ‘margin trading’ lain. Proses ‘margin funding’ mengikut terma tertentu dan menghasilkan kadar faedah dinamik.

Kesimpulan

‘Margin trading’ tidak dinafikan merupakan kaedah pelaburan yang bermanfaat untuk anda melipat gandakan keuntungan. Namun, pelaburan sama turut mendedahkan anda dengan risiko kerugian yang melipat ganda juga. Oleh itu, anda perlu sentiasa berhati-hati sebelum memberanikan diri mengambil bahagian dalam pelaburan ini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top