Now Reading
Memahami Analisis Teknikal

Memahami Analisis Teknikal

Antara perkataan yang sering kedengaran apabila seseorang berborak tentang harga mata wang kripto adalah bullish, bearish, break, support dan juga lilin. Perkataan ini juga sering digunakan dalam perbualan harian pemain-pemain forex.

Semuanya bermula seawal abad ke 17, namun analisis teknikal moden lebih cenderung kepada hasil penulisan Charles Dow, pengasas The Wall Street Journal. Hasil kerja beliau melahirkan Dow Theory yang menggalakkan lagi perkembangan teknik tersebut.

Fungsi Analisis Teknikal

Fungsi utama analisis teknikal adalah teknik untuk menilai dan mengenalpasti peluang pelaburan. Analisis ini akan memberikan pelabur lebih banyak maklumat berdasarkan pergerakan harga dan jumlah dagangan sebelumnya.

Teknik ini boleh membantu pelabur untuk membuat keputusan dalam pelbagai jenis aset seperti sekuriti, stok, kontrak futures, komoditi, tukaran mata wang fiat dan juga mata wang kripto. Bagi pelabur jangka masa pendek yang mengutamakan pasaran komoditi, forex dan mata wang kripto lebih sesuai menggunakan teknik ini.

Tiga Asas Utama Analisis Teknikal

Terdapat dua jenis analisis pasaran, analisis asas (fundamental analysis) dan analisis teknikal. Bagi analisis asas, ia menggambarkan sentimen pelabur terhadap sesuatu aset. Bagi analisis teknikal, ia digunakan untuk

  •  Harga Diskaun Pasaran

Analisis teknikal mampu mengulas lanjut tentang pergerakan harga kerana ia menggambarkan hubungan bekalan dan permintaan aset.

  • Corak Pergerakan Pasaran

Corak pergerakan harga bergerak dalam bentuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kebiasaannya, harga pasaran mengikut corak tertentu sebelumnya dan tidak bergerak secara rawak.

  • Sejarah Mungkin Berulang

Pergerakan pasaran biasanya dikaitkan dengan psikologi pasaran yang mampu diramal melalui emosi sepert kerisaun dan keterujaan. Walaupun bentuk teknikal analisis telah wujud sejak ratusan tahun, ia masih lagi relevan dan berkesan sehingga kini.

Penunjuk Analisis Teknikal

See Also
5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Terdapat pelbagai jenis penunjuk (indicator) yang digunakan dalam analisis teknikal. Penunjuk adalah peralatan dan teknik berdasarkan perkomputeran matematik untuk harga-harga dan jumlah dagangan lepas dalam membantu membuat ramalan pergerakan harga aset.

Ia memberi petunjuk kepada pelabur seperti trend terlebih jual, terlebih beli, penyesuaian atau pembetulan. Pelabur perlu memiliki ilmu dan pengalaman yang lengkap untuk mentafsir trend yang ditunjukkan supaya membantu mereka dalam membuat keputusan.

Antara petunjuk yang biasa digunakan adalah:

  • Trend harga
  • Corak carta
  • Petunjuk jumlah dan momentum
  • Pengayun (Oscillator)
  • Purata bergerak
  • Paras sokongan dan rintangan

Mitos-mitos Analisis Teknikal

  • Analisis teknikal bukanlah alat ajaib yang mampu meramal pasaran tepat 100% dan akan membuatkan pelabur untung sentiasa.
  • Analisis teknikal hanya mengenalpasti trend berdasarkan fakta dan angka supaya pelabur boleh membuat keputusan lebih bijak. Ia bukan sejenis alat tilik yang harus diturut membabi buta.
  • Membaca dan mengkaji analisis teknikal bukanlah mampu menjadikan pelabur pakar serta-merta. Hasil kajian pelabur hendaklah dipraktikkan serta diamalkan untuk mendapatkan pengalaman lebih.

Sebelum membuat apa-apa pelaburan, pelabur hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu yang dapat membantu. Selain itu, pelabur juga perlu berani untuk mencuba dan bersedia menghadapi kerugian. Analisis teknikal hanyalah alat yang dapat membantu pelabur menjadi lebih matang dalam dunia pelaburan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top