Now Reading
IRS Bakal Perjelas Panduan Percukaian Mata Wang Kripto

IRS Bakal Perjelas Panduan Percukaian Mata Wang Kripto

Buat kali kedua pada tahun ini, Internal Revenue Service (IRS) telah menerima sepucuk surat, iaitu petisyen yang meminta agensi berkenaan untuk menggariskan panduan tambahan terhadap dasar pencukaian mata wang kripto.

Surat yang bertarikh pada 20 Disember lalu, ditandatangani oleh lapan ahli Kongres AS adalah seperti berikut:

Kami mengirim surat ini pada April tahun ini, yang mendesak untuk pengeluaran panduan bagi pembayar cukai yang menggunakan mata wang kripto. Kami menyambut baik panduan yang telah dikeluarkan sebelum ini dan prihatin terhadap soalan-soalan yang diutarakan. Kami bagaimanapun, masih ragu-ragu akan panduan yang dikeluarkan itu kerana pelbagai persoalan berkaitan mata wang kripto perlu dikaji kembali, antaranya isu ‘fork’ dan ‘airdrop’

Isu utama yang dapat dilihat adalah salah faham terhadap bagaimana rangkaian mata wang kripto berfungsi memandangkan kod sedia ada memerlukan pelabur untuk bersedia membayar cukai keuntungan yang diperoleh menerusi ‘airdrop’ atau ‘fork’. Kedua-dua sistem itu memberi token atau syiling baharu kepada pemilik aset digital. Oleh itu, IRS melihat mereka yang memperoleh keuntungan menerusi sistem itu perlu membayar cukai.

Bagaimanapun, pelabur kripto mungkin perlu membayar cukai terhadap aset yang mereka juga tidak menyedari memilikinya. ‘Airdrop’ dan ‘fork’ boleh dipindahkan ke dalam akaun pelabur tanpa disedari mereka. Oleh itu, pelabur mungkin dipaksa untuk membayar cukai keuntungan yang mereka sendiri tidak mempunyai kawalan ke atasnya.

Surat itu juga menggesa IRS untuk memberi penjelasan berhubung cukai ‘airdriop’ dan ‘fork’. Dalam masa sama, mereka juga meminta IRS untuk menjelaskan maksud ‘dominion dan control’ berhubung aset digital. Ini adalah terutamanya, aset yang diterima tanpa pengetahuan pembayar cukai, dilihat tidak seharusnya diletakkan di bawah standard ‘dominion dan control’. Ini merupakan isu yang sering mengaitkan pembayar cukai.

See Also
CT CS blocked-techcryption

Dalam pada itu, surat itu juga menjelaskan terdapat kekurangan panduan dalam pentadbiran IRS buat ketika ini berhubungan pelbagai aspek kewangan kripto, termasuk pelaburan masa hadapan dan faedah yang diperoleh menerusi deposit aset digital serta pendapatan kripto.

Surat itu juga merangkumi tindakan muktamad terhadap laporan percukaian dan aspek penangguhan seperti penggunaan borang 1099 serta mengenai topik penguatkuasaan retroaktif. Secara keseluruhannya, surat itu menggariskan kekurangan penjelasan, dan pembayar cukai perlu merujuk kepada akauntan yang diiktiraf bagi mendapatkan penjelasan dan bantuan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top