Now Reading
Memahami ‘Lightning Network’

Memahami ‘Lightning Network’

Dihasilkan pada 2015 oleh Joseph Poon dan Thaddeus Dryja, ‘Lightning Network’ (LN) merupakan sebuah projek yang direka cipta sebagai protokol pembayaran dan digunakan dalam penyelesaian ‘off-chain’ untuk mengatasi masalah kebolehskalaan dihadapi blok rantai Bitcoin.

Blok rantai pertama yang diwujudkan oleh mata wang kripto Bitcoin hanya boleh memproses sehingga tujuh transaksi setiap saat. Sehubungan itu, LN dihasilkan sebagai langkah melancarkan trafik dalam rangkaian blok rantai Bitcoin. Rangkaian berkenaan akan mengatasi masalah kebolehskalaan dengan mewujudkan lapisan kedua dalam blok rantai utama Bitcoin, yang mempunyai beberapa saluran pembayaran antara pihak atau pengguna Bitcoin.

Bagaimana ‘Lightning Network’ Berfungsi?

Bagi menjalankan transaksi antara dua pihak, pengguna perlu mewujudkan satu dompet ‘multi-signature’ yang boleh diakses menggunakan kunci peribadi. Secara asasnya, transaksi akan mengedarkan semula wang yang disimpan dalam dompet dikongsi.

Pengedaran dana sebenar berlaku apabila saluran ditutup. Algoritma akan menggunakan kunci kira-kira yang baru ditandatangani untuk menentukan siapa yang akan mendapat dana berkenaan. Apabila saluran ditutup, maklumat mengenai baki awal dan akhir akan disiarkan dalam blok rantai Bitcoin.

LN menggunakan ‘multi-signature’ dan kontrak pintar bagi menawarkan pengguna dengan transaksi yang lebih pantas dan selamat. Bagaimanapun, transaksi yang melibatkan jumlah besar masih memerlukan keselamatan tidak berpusat dan dinasihatkan untuk melakukannya menerusi lapisan blok rantai asli.

Kenapa Perlu Gunakan ‘Lightning Netwowk’?

Mengurangkan trafik

‘Lightning Network’ dilihat dapat mengendalikan transaksi bagi setiap saat Bitcoin dan mata wang kripto lain iaitu sekurang-kurangnya 1 juta transaksi setiap saat. Dalam pada itu, LN yang menawarkan penyelesaian bagi isu kebolehskalaan itu juga mampu mengurangkan trafik dalam blok rantai Bitcoin.

Tingkat Kelajuan Transaksi

See Also
Crypto Gamers Spent $1 Million Last Week to Purchase Virtual Land-techcryption

Menerusi LN, transaksi akan menjadi lebih pantas dan segera. Ini sekali gus membawa pasaran mata wang kripto lebih jauh untuk bersaing rapat dengan sistem pembayaran tradisional seperti Visa dan PayPal.  

Yuran Lebih Murah

Transaksi menerusi LN akan berlaku dalam saluran ‘Lightning Network’ dan di luar blok rantai. Oleh itu, yuran yang dikenakan akan menjadi lebih murah. Ini secara tidak langsung akan membantu mata wang kripto menembusi industri peruncitan, kafe dan bar.

Bagaimanapun, LN merupakan teknologi yang baharu dan masih memerlukan perkembangan serta peningkatan. Disebabkan itu, masih terdapat kekurangan pada LN iaitu ia tidak sepenuhnya beroperasi di tambah pula dengan saluran yang rumit. Langkah terbaik adalah dengan menunggu rangkaian itu sepenuhnya dibangunkan untuk memanfaatkan pembayaran mikro segera, meningkatkan anonimiti serta transaksi tanpa yuran.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top