Now Reading
Memahami Sejarah Kriptografi

Memahami Sejarah Kriptografi

NGX QKT WTGXZOYXS!

Cuba anda pecahkan kod tersebut. Kalau berjaya, sila komen di bawah.

Kod di atas merupakan salah satu ‘cipher text’ dalam kriptografi yang menggunakan ‘Qwerty Code’.

Mengapa kriptografi ini penting? Kriptografi bermaksud menyulitkan atau melindungi sesebuah maklumat. Kewujudan awal kriptografi hanyalah digunakan dalam golongan kerabat diraja, dan kemudiannya digunakan meluas dalam ketenteraan.

Teknik Terawal Kriptografi

Teknik awal kriptografi telah dihasilkan sejak 4000 tahun lalu di Mesir yang digelarkan sebagai ‘hieroglyph’. ‘Hieroglyph’ yang ditulis menerusi simbol digunakan dalam golongan diraja untuk menyampaikan mesej tertentu, dan kandungan maklumat bukan lah sulit. Sebaliknya, ia digunakan sebagai menunjukkan martabat golongan istana. Teknik kriptografi itu dapat dilihat pada makam seorang ahli mulia di Mesir.

500 tahun kemudian, pada zaman Mesopotamia, kriptografi digunakan sebagai penyulitan resepi membuat tembikar kaca. Manakala, di India pula, penulisan rahsia kriptografi ‘Mlecchita Vikalpa’ digunakan dalam dokumen Kama Sutra sebagai penulisan komunikasi antara pasangan kekasih. Selain itu, kriptografi di India juga digunakan dalam kalangan pengintip.

Teknik kriptografi pada zaman dahulu sepenuhnya dikembangkan pada zaman pemerintahan Rom oleh Julius Caesar iaitu Caesar Cipher. Julius Caesar menggunakan ‘cipher text’ untuk berkomunikasi dengan pegawainya. Caesar Cipher ditulis dengan mengalihkan huruf di dalam mesej penyulitan dengan nombor peralihan (shift) tertentu. Hanya penerima yang akan mengetahui berapa nombor ‘shift’ berkenaan.

Sebagai contoh, sekiranya nombor ‘shfit’ bersamaan 1, maka ia akan menjadi seperti berikut:

Plain text: Attack now

Cipher text: buubdl opx

Sekiranya nombor shift bersamaan -1:

Plain text: abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Cipher text: bcdefghijklmnopqrstuvwxyza

Perkembangan Kriptografi Pada Peralihan Abad Pertengahan Ke Moden

Pada pertengahan abad, Caesar Cipher masih menjadi standard kriptografi. Setelah itu, kajian dalam kriptografi iaitu cryptanalysis diwujudkan untuk mencari kaedah yang lebih sistematik . Pertama, menerusi Al-Kindi, seorang ahli matematik Islam yang mengembangkan teknik analisis frekuensi pada sekitar 800 tahun Masihi. Teknik berkenaan melibatkan pengiraan peratusan huruf dalam ‘plain text’, dan pengiraan peratusan huruf dalam ‘cipher text’, kemudiannya menggantikan simbol dengan huruf yang mempunyai peratusan kejadian yang sama untuk memecah kod enkripsi. Kaedah itu merupakan yang pertama dicapai dalam mewujudkan kaedah sistematik sekali gus dikembangkan dengan lebih mendalam.

Pada tahun 1465, teknik ‘polyalphabetic cipher’ diperkenalkan oleh Leone Alberti sebagai kaedah penyelesaian kepada analisis frekuensi. Teknik itu melibatkan penggabungan huruf untuk menyulitkan ‘plain text’ dan huruf berkenaan secara rawak akan ditukar ke gabungan huruf berbeza. Bagaimanapun, perubahan huruf itu akan diberi petunjuk menerusi penggunaan huruf besar dalam ‘cipher text’. Bagi menggunakan kaedah ini, satu ‘cipher disc’ digunakan untuk menunjukkan bagaimana huruf dalam ‘plain text’ berkait dengan huruf ‘cipher text’.

‘Polyalphabetic cipher’ yang turut menggabungkan kaedah lama Caesar cipher meningkatkan keselamatan maklumat sulit. Kaedah baharu turut dikembangkan pada zaman Renaisans termasuk ‘binary encoding’ oleh Sir Francis Bacon pada 1623.

See Also
5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Kriptografi terus berkembang dengan menyaksikan pelbagai alatan direka untuk menyulitkan maklumat atau kod. Antara yang terawal adalah pada tahun 1790, Thomas Jefferson mencipta ‘cipher wheel’ yang mempunyai 36 cincin huruf untuk mewujudkan ‘encoding’ rumit. Seterusnya pada tahun 1917, Gilbert Vernam mencipta ‘teleprinter cipher’ yang menggunakan sebentuk kunci di atas pita kertas dengan penambahan perkataan untuk menyulitkan maklumat.

Kriptografi terus diperkembangkan dalam Peperangan Dunia Ke-2 (WW2) di mana askar Jerman menggunakan mesin Enigma rotor yang direka oleh Arthur Scherbius. Mesin Enigma digunakan untuk menyulitkan maklumat komunikasi antara Kerajaan Nazi Jerman dengan U-boat yang seterusnya mencetuskan kejayaan hebat kepada pasukan sekutu di WW2.

Kriptografi Pada Zaman Komputer

Seiring kewujudan komputer, kriptografi terus berkembang dengan teknik yang lebih rumit berbanding era analognya. Enkripsi matematik 128-bit yang merupakan standard terkini dalam sistem pengkomputeran dan peranti menawarkan enkripsi lebih kukuh berbanding ‘cipher’ zaman kuno dan pertengahan. Pada awal 1990-an, saintis komputer ketika itu giat mengkaji aspek perlindungan maklumat menerusi enkripsi moden dan justeru, kriptografi ‘dubbed quantum’ diwujudkan.

Adaptasi kriptografi terus digunakan secara meluas sehingga ke industri mata wang kripto. Mata wang kripto menggunakan pelbagai teknik kriptografi antaranya di dalam fungsi ‘hash’, kriptografi kunci awam dan tandatangan digital. Teknik ini digunakan dalam mata wang kripto sebagai langkah melindungi data yang disimpan dalam blok rantai dan mengesahkan transaksi. Elliptical Curve Digital Signature Algorithm (ECDSA) iaitu satu bentuk kriptografi tertentu digunakan dalam Bitcoin dan mata wang kripto lain sebagai langkah keselamatan tambahan dan memastikan aset yang ada hanya boleh digunakan oleh pemilik sah.

Kesimpulan

Kriptografi yang diguna pakai dalam pelbagai sistem pengkomputeran dan peranti termasuklah mata wang kripto adalah hasil daripada penemuan pakar dan ahli matematik sejak 4000 tahun yang lalu. Penggunaan teknik kriptografi dalam dunia moden tidak dinafikan memerlukan aspek perkembangan dan peningkatan yang lebih efisen, bagi melengkapi dunia serba canggih pada hari ini.

Antara kebanyakan teknik kriptografi yang dinyatakan, mana satu menjadi kegemaran anda?

P/S: Jawapan kod NGX QKT WTGXZOYXS! adalah YOU ARE BEAUTIFUL!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top