Now Reading
Apa Itu Nod?

Apa Itu Nod?

Nod secara umumnya bertindak sebagai titik dalam rangkaian yang menghubungkan ke rangkaian lain. Nod menawarkan fungsi berbeza, namun ia sering digunakan dalam rangkaian komputer mahupun telekomunikasi. Bahasa mudahnya, nod merupakan kelengkapan komupter yang dihubungkan dalam satu rangkaian.

Sebagai contoh sambungan internet di rumah anda, komputer riba boleh jadi sebuah nod, begitu juga telefon pintar dan televisyen pintar. Berhubung blok rantai Bitcoin, terdapat empat jenis nod iaitu nod penuh (full node), supernod (supernode), miner node dan SPV client.

Rangkaian nod membolehkan Bitcoin digunakan sebagai mata wang digital tidak berpusat dan peer-to-peer (P2P). Nod blok rantai Bitcoin bertindak sebagai titik komunikasi dan berupaya untuk menghantar maklumat mengenai transaksi atau blok menerusi rangkaian komputer dengan menggunakan protokol P2P Bitcoin.

Mari fahami lebih lanjut fungsi empat jenis nod Bitcoin.

1. Full node

‘Full node’ berfungsi untuk menyokong dan mengedarkan salinan kesemua lejar blok rantai Bitcoin. Nod jenis ini amat diperlukan bagi menjamin keselamatan rangkaian di mana ia terlibat dalam proses pengesahan transaksi dan menyekat aktiviti yang bertentangan undang-undang sistem. Selain itu, ‘full node’ juga berfungsi untuk menghantar maklumat atau data mengenai transaksi dan blok baharu ke dalam blok rantai. ‘Full node’ dapat diwujudkan menerusi pelaksanaan peranti berbeza di mana popular dalam teras Bitcoin. Antara keperluan yang wajib ada:

  • Desktop atau komputer riba dilengkapi dengan versi Windows terbaharu, Mac OS X atau Linux
  • 200 GB ruang ‘disc’
  • 2GB RAM
  • Sambungan internet kelajuan tinggi dengan kelajuan muat naik sekurang-kurangnya 50kB/s
  • Had sambungan memuat naik yang tinggi
  • Berfungsi sekurang-kurangnya 6 jam sehari, tetapi lebih baik berfungsi berterusan (24/7)

2. Supernode

Berbanding full node, supernode lebih terdedah kepada awam yang bertindak sebagai titik komunikasi dan menyediakan maklumat kepada mana-mana nod yang ingin mewujudkan sambungan ke supernode. Secara umumnya, supernode bertindak sebagai sumber data dan juga sambungan komunikasi. Nod jenis ini kebiasaannya berfungsi selama 24 jam dan mempunyai beberapa sambungan dengan menghantar sejarah blok rantai dan data transaksi ke beberapa nod di seluruh dunia.

Bagaimanapun, supernode memerlukan tenaga pengkomputeran yang lebih tinggi dan sambungan internet yang lebih baik.

3. Miner node

‘Miner node’ berfungsi untuk menghasilkan blok bagi blok rantai dan tidak bertanggungjawab untuk menyelenggara blok rantai. Setelah blok dihasilkan, blok berkenaan akan dihantar ke full node yang akan mengesahkannya dan ditambah ke dalam blok rantai. Perisian mining tidak berhubung secara langsung ke teras Bitcoin.

4. Lightweight / SPV client

See Also

Nod Lightweight atau SPV client digunakan sebagai kaedah untuk pengguna mengesahkan sama ada transaksi telah ditambah ke dalam blok atau pun tidak, tanpa perlu memuat turun keseluruhan data blok. SPV client yang menggunakan rangkaian Bitcoin bergantung sepenuhnya ke atas maklumat yang disediakan oleh full node dan bertindak sebagai komunikasi ‘endpoint’, dan digunakan oleh kebanyakan dompet kripto.

Secara mudahnya, SPV client tidak menyumbang kepada keselamatan rangkaian, tidak menyimpan salinan blok rantai Bitcoin dan tidak terlibat dalam proses pengesahan transaksi.

Kesimpulan

Penggunaan nod dalam blok rantai mata wang kripto tidak dinafikan memberi pelbagai kelebihan dan integriti, antaranya memastikan dan mengawal selia rangkaian blok rantai. Seterusnya, nod yang bertindak sebagai kaedah komunikasi antara satu sama lain menerusi protokol rangkaian P2P Bitcoin itu , membantu mengesahkan transaksi Bitcoin dengan tepat.

Walaupun adaptasi nod tiada ganjaran kewangan, namun ia memberikan pelbagai kelebihan yang tidak terhingga.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top