Now Reading
Poloniex Saran Pengguna Untuk Ubah Kata Laluan

Poloniex Saran Pengguna Untuk Ubah Kata Laluan

Poloniex Urges Users To Reset Password After Data Leak-techcryption

Ramai yang masih sibuk dengan persiapan sambutan Hari Natal dan Tahun Baru, wujud individu mengambil kesempatan untuk membocorkan maklumat pengguna Poloniex di Twitter. Oleh kerana itu, Poloniex menyarankan pengguna yang terlibat untuk mengubah kata laluan mereka.

Walaupun ramai yang beranggapan ia adalah satu cubaan ‘phishing’, tetapi seorang pengguna Twitter, @charlysatoshi menegaskan bahawa amaran dari Poloniex itu adalah benar.

Beberapa jam lalu, seseorang telah membocorkan senarai e-mel dan kata laluan di Twitter yang digunakan untuk mengakses akaun Poloniex. Walaupun hampir keseluruhan alamat e-mel berkenaan bukan milik pengguna, kami memberi amaran untuk pengguna menukar kata laluan mereka.

Setakat waktu artikel ini ditulis, tiada lagi pihak mengaku bertanggungjawab atas kebocoran tersebut.

See Also

Terkini: Menurut kenyataan Poloniex, tiada kebocoran maklumat dari pihak mereka. Pengguna mereka disarankan untuk menukar kata laluan adalah kerana ia merupakan langkah untuk memastikan akaun pengguna mereka selamat.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top