Now Reading
Kenapa ‘Blockchain’ Lebih Selamat?

Kenapa ‘Blockchain’ Lebih Selamat?

Blok rantai (blockchain) merupakan sebuah rantaian blok digital yang mengandungi rekod transaksi. Setiap blok dihubungkan ke kesemua blok sebelum dan selepasnya, sekali gus sukar untuk diseleweng walaupun satu rekod sahaja kerana penggodam perlu menukar blok yang mengandungi rekod dan blok lain yang dihubungkan, untuk mengelak daripada dikesan.

Oleh itu, terma blok rantai itu sendiri dilihat selamat. Bagaimanapun, mekanisme apakah yang membuatkan blok rantai ini selamat?

Tidak berpusat (Desentralisasi)

Tidak berpusat secara asasnya bermaksud tidak ada mana-mana entiti pun yang berperanan untuk menyimpan maklumat. Dalam erti kata lain, sekiranya ingin mewujudkan interaksi mahupun transaksi dengan seseorang, ia tidak perlu melibatkan orang tengah atau pihak ketiga.

Contoh mudah bagi perbezaan rangkaian berpusat dan tidak berpusat dalam transaksi pemindahan wang adalah seperti berikut: bagi rangkaian berpusat, anda perlu pengesahan daripada pihak bank atau pun institusi kewangan, manakala bagi rangkaian tidak berpusat, anda tidak perlu pengesahan daripada pihak ketiga, walaupun transaksi itu dilakukan rentas sempadan. Dalam erti kata lain, anda sendiri yang mengendalikan wang dimiliki.

Memandangkan sistem tidak berpusat bergantung kepada beberapa komponen, oleh itu ia adalah sukar dan mahal untuk diserang, dirosakkan mahupun dimanipulasi.

Kriptografi

Kriptografi bermaksud enkripsi dan dekripsi data menggunakan teori matematik dan pengkomputeran untuk melindungi integriti serta keaslian maklumat tersimpan. Pernah dengar sebelum ini?

Kriptografi merupakan asas utama dalam melindungi rahsia. Sebagai contoh, sekiranya anda dan rakan sekerja ingin bergosip mengenai majikan di pejabat, oleh itu anda mungkin mewujudkan satu kotak dan sebuah kunci untuk meletakkan surat yang mengandungi perbualan kalian.

Anda dan rakan sekerja akan mempunyai sebatang kunci untuk membuka kotak berkenaan dan membaca atau membalas surat. Oleh itu, kotak itu boleh diibaratkan seperti blok rantai dan kunci itu pula adalah ‘cipher’. Proses mengunci kotak itu adalah enkripsi dan tindakan membuka kotak berkenaan adalah dekripsi. Blok rantai mempunyai aspek kebolehskalaan dan tidak boleh digodam.

Konsensus

Konsensus secara umumnya adalah proses membuat keputusan sebagai sebuah kumpulan di mana setiap ahli perlu terlibat dan bersetuju. Sama seperti konsesus blok rantai, nod (pengguna) rangkaian akan mewujudkan kata sepakat dalam blok rantai, atau dalam erti kata lain seperti ekosistem audit kendiri.

See Also
Mark Jeffrey interview-Techcryption

Ini merupakan satu ciri keselamatan dan apabila telah dipersetujui dan disimpan, ia tidak boleh dipertikai, dibuang, diubah atau dipersoalkan tanpa kebenaran persetujuan ahli terlibat. Tidak seperti sistem tidak berpusat, di mana pihak berkuasa yang menerima, menolak, menyelenggara dan mengemas kini data akan bergantung kepada pentadbiran pusat.

Oleh itu, jika terdapat perubahan status secara dinamik dalam blok rantai, perkongsian lejar awam memerlukan mekanisme yang cekap, adil, waktu nyata, berfungsi dan selamat untuk memastikan kesemua transaksi yang berlaku dalam rangkaian adalah benar dan kesemua pengguna bersetuju ke atas satu konsensus terhadap status lejar.

Coin Terakhir Kami

Walaupun teknologi blok rantai masih dalam proses untuk berkembang dan membangun, namun kekurangan dalam aspek keselematan ditingkatkan dengan pantas atau versi lebih baik (hard fork) diwujudkan. Oleh itu, tanpa ragu-ragu lagi blok rantai menawarkan penyelesaian yang lebih selamat bagi penyimpanan dan pertukaran data serta aset digital.

Oleh itu, kesemua ciri yang terdapat dalam blok rantai adalah faktor utama teknologi berkenaan wajar dipercayai dan mudah untuk diterima bagi kebanyakan keperluan perniagaan, pentadbiran dan pengurusan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top