Now Reading
Tips Pelaburan Kripto Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Tahu

Tips Pelaburan Kripto Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Tahu

Pelaburan mata wang kripto melibatkan pertukaran antara satu mata wang kripto ke mata wang kripto lain, membeli dan menjual syiling (coin) dan pertukaran wang fiat ke mata wang kripto. Konsep ini tidak lari daripada pertukaran saham sedia ada. Bagaimanapun, pasaran mata wang kripto sangat tidak menentu.

Perkara utama yang anda perlu peka sebelum memulakan pelaburan ialah anda perlu bersedia akan risiko untuk kehilangan keseluruhan wang pelaburan. Dalam erti kata lain, jangan melabur sesebuah jumlah yang anda tidak sanggup untuk menanggung kerugian kemudiannya.

Perlu anda tahu bahawa pasaran mata wang kripto adalah tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah, dan keuntungan dibuat berdasarkan keadaan itu dan pertaruhan dibuat secara tidak terjangka.

George Soros

Jangan risau kerana kami akan dedahkan tips yang anda perlu tahu sebelum memulakan pelaburan mata wang kripto. Pertama, anda perlu faham mengenai pelaburan keuntungan, bahawa ia memerlukan fokus yang tinggi dan ini bukan sebuah perjudian!

Fahami Aspek Teori

Sebelum anda ceburkan diri dalam pelaburan mata wang kripto, memahami teori pelaburan terlebih dahulu adalah penting. Pastikan anda benar-benar faham analisis teknikal dan terma-terma pelaburan lain yang mungkin akan timbul apabila sudah mula melabur. Tetapi, jangan lupa untuk sentiasa peka akan isu-isu terkini yang berlaku dalam ruangan kripto. Oleh itu, silalah langgani surat berita dan layari berita harian Techcryption untuk anda mengetahui isu-isu terkini seperti trend mata wang kripto, harga dan berita yang berlegar dalam dunia mata wang kripto.

Tetapkan ‘Profit Target’ & Gunakan ‘Stop Loss’

Kerugian adalah penting, asalkan ia digabungkan dengan satu teknik yang membantu anda untuk mempelajarinya.

David Sikhosana

Dalam setiap pelaburan, kita perlu tahu bilakah waktu tepat untuk keluar, sama ada kita telah menjana keuntungan atau sebaliknya. Pilih tahap ‘stop loss’ yang tetap untuk mengelakkan anda daripada menghadapi kerugian lebih besar. ‘Stop-loss order’ dipilih di mana seorang broker ingin membeli dan menjual sesebuah ‘security’ apabila telah mencecah harga tertentu. Apabila harga saham jatuh di bawah harga ‘stop loss’, order berkenaan akan menjadi ‘market order’ dan akan digunakan untuk harga seterusnya pula. Sebagai contoh, pelabur membeli sebuah saham dan meletakkannya di dalam ‘stop-loss order’  iaitu 10 peratus di bawah harga beli. Jika harga saham jatuh, ‘stop-loss order’ akan diaktifkan dan akan dijual sebagai ‘market order’. Manakala, ‘profit target’ pula ialah had tertinggi yang anda perlu tetapkan untuk keluarkan pelaburan secara tunai dan automatik pada titik tertentu, sekali gus anda akan mendapat keuntungan yang pasti daripada pelaburan berkenaan.

Urus Risiko Dihadapi

Jika anda abaikan risiko, ia akan menyukarkan anda.

Larry Hite

Anda perlu faham bahawa bukan anda sahaja yang inginkan keuntungan daripada pelaburan mata wang kripto. Ketidaktentuan pasaran mata wang kripto membayangkan bahawa mana-mana pelaburan walaupun dilihat sempurna, boleh merudum dan menyebabkan kerugian besar. Tidak kisah betapa yakin dan teguhnya sesebuah peluang pelaburan dilihat, namun meletakkan kesemua HARTA yang ada bukan idea bernas.

Daripada anda menumpukan terhadap keuntungan besar pada satu masa, lebih baik anda fokus pada beberapa keuntungan kecil dalam jangka masa panjang. Pastikan anda bijak untuk mengurus risiko. Jangan tunggu untuk menjana keuntungan besar sahaja, kerana anda mungkin hanya membawa pulang kerugian besar pula.

Aset Asas Punca Keadaan Pasaran Tidak Menentu

Secara umumnya, harga kebanyakan syiling alternatif (altcoin) bergantung kepada harga pasaran Bitcoin. Oleh itu, adalah penting untuk anda faham bahawa Bitcoin mempunyai kait rapat dengan mata wang fiat dan sangat tidak menentu. Erti kata lain, apabila harga Bitcoin melonjak, sekali gus nilai altcoin turut akan meningkat dan begitu juga dengan sebaliknya. Jika anda cenderung untuk melabur dalam jangka masa panjang, ini senarai syiling anda mungkin boleh pertimbangkan: Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC) dan Monero (XMR).

See Also

Jangan Beli Hanya Kerana Harga Rendah

Kebanyakan pelabur ‘newbie’ suka melakukan kesalahan sama: beli syiling kerana harganya dilihat rendah dan mampu milik. Sebagai contoh, seorang pelabur mungkin memilih Ripple berbanding Ethereum hanya kerana syiling Ripple adalah lebih murah. Keputusan yang diambil itu mungkin didorong oleh kemampuan, tetapi sebaliknya perlu dilihat pada aspek pasaran kapital. Semakin tinggi pasaran kapital, semakin tinggi peluang untuk pelaburan.

Tip Penting!

Satu minggu dalam pasaran kripto bersamaan dengan tiga bulan dalam pertukaran saham kapital tradisional dari segi peristiwa dan kejadian yang berlaku. Oleh itu, bagi anda yang ingin terlibat dalam pelaburan kripto secara mendalam, anda perlu mengikutinya bukan sahaja setiap hari, tetapi pada setiap jam! Pelaburan ini bukan semua dapat melakukannya. Disebabkan itu, anda perlu memperuntukkan masa dalam proses pelaburan ini.

Kadang-kala ia berhasil untuk pelabur jangka masa panjang berbanding pelabur harian. Bagaimanapun, bagi pelabur harian, ini bukan bermakna anda tertakluk kepada membeli dan mejual atau melabur pada setiap hari. Pelaburan boleh ditentukan dalam beberapa minit dan juga berbulan-bulan. Ia bergantung kepada jumlah masa yang anda sanggup laburkan untuk mempelajari dan mengesan pasaran. Masa yang dilaburkan adalah penting. Jika anda telah tetapkan masa dan usaha dalam pelaburan harian, adalah lebih baik untuk mulakannya secara perlahan-lahan dan analisis prestasi dan seterusnya baru meningkatkan jumlah pelaburan.

Coin Terakhir Kami

Ingat, sebelum anda melabur sesebuah jumlah, pastikan anda mempunyai matlamat jelas. Jangan mulakan pelaburan sehingga anda telah tetapkan keputusan bilakah untuk masuk atau keluar daripada pelaburan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top