Now Reading
Apa Itu Kontrak Forward & Futures?

Apa Itu Kontrak Forward & Futures?

Kontrak Forward dan Futures membawa maksud yang sama iaitu Kontrak Kehadapan. Kontrak ini melibatkan perjanjian jual beli aset pada tempoh tertentu pada masa akan datang. Asas kedua-dua kontrak ini adalah sama, tetapi ada bebereapa perbezaan.

Kontrak Forward

Kontrak Forward adalah perjanjian tertutup yang akan dilaksanakan semasa tarikh yang dipersetujui tiba. Harga aset akan mengikut harga yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Oleh kerana perjanjian ini dijanlankan secara tertutup antara dua pihak, mereka tidak menggunakan platform tukaran. Kontrak ini tidak begitu ketat dari segi terma dan syarat.

Oleh kerana itu, banyak hedgers (pelindung nilai) menggunakan kontrak Forward untuk mengurangkan ketidakstabilan harga sesuatu aset.  Oleh kerana terma dan syarat perjanjian ditetapkan semasa kontrak dilaksanakan, ia tidak dipengaruhi turun naik harga.

Namun, kontrak Forward tidak tersedia untuk pelabur runcit kerana pasaran yang sukar dijangka. Oleh kerana maklumat perjanjian hanya diketahui oleh pembeli dan penjual, mewujudkan risiko tersendiri. Seperti pembatalan untuk melaksanakan transaksi.

Kontrak Futures

Seperti kontrak Forward, Futures melibatkan perjanjian jual beli pada tarikh tertentu akan datang. Ia didagangkan dalam tukaran dan dilaksanakan setiap hari sehingga tamat kontrak. Dengan ini, pelaksanaan kontrak boleh berlaku dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Oleh kerana kontrak Futures didagangkan di tukaran, setiap transaksi dijamin oleh Clearing House (Rumah Penjelasan). Ini dapat mengurangkan risiko pembatalan transaksi. Kontrak boleh digunakan untuk indeks tukaran stok, komoditi dan mata wang kripto.

Pasaran kontrak Futures sangat mudah dicairkan, memberi pelabur pilihan untuk melabur atau tidak. Kontrak Futures khususnya digunakan oleh pakar spekulasi yang menjangka pergerakan harga aset. Jika harga tidak mengikut jangkaan, mereka akan tarik balik pelaburan dan transaksi tidak berlaku. Kebiasaanya, bayaran penjelasan tunai akan dikira.

Dalam industri kewangan, kontrak Futures menawarkan fungsi berikut:

  • Pengurusan risiko dan lindungan: kontrak boleh digunakan untuk mengurangkan risiko tertentu
  • Cagaran: kontrak membenarkan pelabur untuk membuat cagaran.
  • Pendedahan pendek: kontrak membenarkan pelabur untuk membuat pendedahan pendek sesuatu aset. Apabila pelabur ingin menjual kontrak tanpa memiliki aset tersembunyi, ia dipanggil sebagai ‘kedudukan dedah’.
  • Aset pelbagai: pelabur boleh mengambil pendedahan terhadap aset yang sukar didagangkan serta merta.
  • Semakan harga: pasaran Futures adalah tempat rujukan untu pembeli dan penjual (bekalan dan permintaan) untuk beberapa kelas aset, seperti komoditi.

Mekanisma Penyelesaian

Apabila pelabur Futures mengambil posisi (panjang atau pendek), terdapat tiga cara kontrak boleh diselesaikan:

  • Penghantaran Fizikal: aset tersembunyi ditukarkan atas persetujuan dua pihak mengikut harga yang telah ditetapkan. Pihak posisi pendek (jual) wajib menghantar aset kepada pihak posisi panjang (beli).
  • Penyelesaian Tunai: Apabila kontrak telah tamat tempoh, penghantaran fizikal tidak diperlukan. Ia boleh diselesaikan secara tunai. Kontrak Futures secara tunai lebih mudah dan lebih popular walaupun untuk sekuriti pencairan kewangan atau alat pendapatan-tetap yang boleh dipindah milik serta merta.

Strategi Keluar Kontrak Futures

Ada tiga jenis pergerakan pelabur kontrak futures boleh lakukan:

  • Offsetting: merujuk kepada penutupan posisi kontrak dengan mencipta transaksi bertentangan dengan nilai yang sama. Jadi, jika pelabur membuat 50 kontrak pendek, mereka boleh buka kontrak panjang dengan harga yang sama untuk meneutralkan posisi awal mereka. Strategi ini akan membolehkan pelabur untuk merealisasikan untuk rugi mereka sebelum tarikh pelaksanaan kontrak.
  • Rollover: merujuk kepada pelabur yang berkeputusan untuk membuka posisi baharu kontrak selepas mereka melakukan offsetting, biasanya untuk memanjangkan tempoh tamat kontrak.
  • Settlement: Jika pelabur tidak melakukan offsetting atau rollover, kontrak akan dilaksanakan dan diselesaikan mengikut tempoh tamat. Apabila ia berlaku, pihak terlibat wajib melakukan transaksi mengikut posisi masing-masing.

Corak Harga Kontrak Futures

Bermula dari kontrak dicipta sehingga tempoh tamat, harga pasaran akan berubah mengikut kemampuan membeli dan menjual.

See Also

Hubungan antara kematangan dan kepelbagaian harga kontrak menghasilkan corak harga berbeza, biasanya dipanggil kontango (1) dan pembalikan normal (3). Corak harga ini berkait langsung dengan anggaran harga seketika (2) sesuatu aset ketika tempoh tamat (4) seperti rajah di bawah.

Kontango (1): keadaan pasaran ketika harga kontrak lebih tinggi daripada harga seketika.

Harga seketika jangkaan (2): ramalan harga aset semasa tempoh tamat. Ia mungkin berubah mengikut corak bekalan dan permintaan pasaran.

Pembalikan normal (3): keadaan pasaran apabila harga kontrak lebih rendah berbanding ramalan harga seketika.

Tempoh Tamat (4): hari terakhir aktiviti dagangan untuk kontrak sebelum penyelesaian dilaksanakan.

Walaupun corak pasaran kontango menguntungkan penjual (posisi pendek) berbanding pembeli (posisi panjang), pembalikan normal pula lebih menguntungkan pembeli. Apabila kontrak semakin mendekati tempoh tamat, harga kontrak akan beransur ke harga seketika. Jika harga kontrak dan harga seketika tidak sama semasa tempoh tamat, pelabur akan membuat keuntungan daripada peluang arbitraj.

Dalam scenario kontango, kontrak akan didagangkan melebih anggaran harga seketika, atas sebab-sebab yang menguntungkan. Contohnya, pelabur membuat keputusan untuk membayar premium untuk komoditi fizikal yang akan dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan, jadi pelabur tidak perlu risau tentang yuran untuk simpanan dan insuran (seperti gold). Tambahan lagi, sesetengah syarikat akan menggunakan kontrak Futures untuk menetapkan perbelanjaan aset mengikut nilai yang mudah dijangka, membeli komoditi untuk menjalankan perniagaan mereka (contoh, kilang roti membeli kontrak gandum). Pada masa yang sama, pasaran pembalikan normal akan didagangkan bawah harga seketika. Ahli spekulasi akan membeli kontrak untuk mendapatkan keuntungan ketika harga meningkat. Contohnya, pelabur membeli kontrak minyak pada harga $30 tahun ini dengan harga seketika tahun hadapan melonjak ke $45.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top