Now Reading
Apa Itu Kontrak Pilihan?

Apa Itu Kontrak Pilihan?

Kontrak pilihan (option contract) merupakan sebuah perjanjian antara dua pihak untuk memudahkan potensi transaksi menerusi ‘security’ pada harga yang ditetapkan, yang juga dirujuk sebagai ‘strike price’ yang juga mempunyai tarikh luput. Ia mungkin kedengaran sama seperti kontrak masa depan (futures contract), tetapi pelabur yang membeli kontrak pilihan tidak diwajibkan untuk melangsaikan seperti mana tertulis dalam kontrak berkenaan.

Terdapat dua jenis pilihan, yang dikenali sebagai ‘call’ dan ‘put’, di mana kedua-duanya boleh dibeli untuk membuat spekulasi arah saham atau indeks saham atau menjual untuk menghasilkan pendapatan. Secara umumnya, pilihan ‘call’ membenarkan pemilik kontrak untuk membeli aset asas, manakala pilihan ‘put’ pula memberikan hak untuk menjual. Kebanyakan pelabur cenderung untuk memilih ‘call’ kerana mereka menjangkakan harga aset asas akan meningkat dan memilih ‘put’ apabila harga aset dijangka menurun. Dalam pada itu, mereka juga berkemungkinan menggunakan ‘call’ dan ‘put’ kerana berharap harga akan kekal stabil – atau menggunakan kedua-dua pilihan tersebut – mempertaruh sama ada ketidaktentuan pasaran akan berpihak kepada mereka ataupun tidak.

Bagaimana Kontrak Pilihan Berfungsi?

  • Pilihan beri anda hak untuk membeli atau menjual aset asas.
  • Sekiranya anda membeli pilihan, anda tidak diwajibkan untuk membeli mahupun menjual aset asas; anda hanya mempunyai hak.
  • Sekiranya anda menjual pilihan dan telah dilaksanakan, anda diwajibkan untuk memindahkan aset asas (call) atau menerima aset asas (put) pada harga yang ditetapkan menerusi kontrak pilihan tanpa mengira harga semasa aset berkenaan.
  • Pilihan berguna pada tempoh waktu tertentu. Setelah ia mencecah tarikh luput, anda akan kehilangan hak untuk membeli atau menjual aset asas pada harga yang ditetapkan.
  • Apabila dibeli, pilihan akan selesai sebagai debit kepada pembeli.
  • Apabila dijual, pilihan akan selesai sebagai kredit kepada penjual.
  • Pilihan tersedia dalam beberapa harga tertentu mewakili harga aset asas.
  • Kos sesebuah pilihan dikira sebagai pilihan premium. Harga itu menunjukkan beberapa faktor termasuk harga semasa aset asas, harga yang ditetapkan dalam pilihan, masa berbaki sehingga tarikh luput dan ketidaktentuan.
  • Pilihan tidak tersedia pada setiap stok. Terdapat lebih kurang 2,200 stok yang mempunyai pilihan.
  • Setiap pilihan saham mewakili 100 saham bagi sesebuah stok syarikat.

Mengapa Kontrak Pilihan Penting?

Kontrak pilihan adalah alatan penting yang menawarkan peluang kepada pelabur untuk lindung nilai (bertindak seperti sebuah insurans) terhadap kedudukan stok mereka. Pilihan membenarkan kedudukan ‘leverage’ bagi stok di samping mengurangkan risiko pembelian penuh. Situasi sama juga digunapakai dalam hartanah, kontrak pilihan mungkin membenarkan pembeli untuk mendapatkan kontrak pilihan pada pelbagai bungkusan sebelum perlu melakukan pembelian. Oleh itu, ia akan memastikan bahawa pembeli mampu untuk mengumpulnya sebelum lanjut ke tahap seterusnya.

Kelebihan dan Kekurangan Kontrak Pilihan

Kontrak pilihan merupakan alatan pelaburan yang signifikan, oleh itu adalah penting untuk pelabur mempelajari dan mengetahui ciri-ciri unik sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya.

Kelebihan

See Also
Bitmain Unveils 2 Bitcoin Miners-techcryption

  • Leverage: Pilihan membenarkan anda untuk menetapkan ‘leverage’ yang berpatutan. Ini adalah peluang terbaik bagi pelabur berpengalaman yang tahu menggunakan ‘leverage’.
  • Ratio Risiko/Ganjaran: Bagi sesetengah strategi seperti pilihan pembelian, membenarkan anda untuk memiliki ‘upside’ tanpa had dan ‘downside’ yang terhad.
  • Strategi Unik: Pilihan membenarkan anda untuk menghasilkan strategi unik untuk mengambil peluang dalam pelbagai ciri pasaran – seperti ketidaktentuan dan masa luput.
  • Keperluan Kapital Rendah: Pilihan membenarkan pelabur berada pada satu kedudukan pelaburan dengan keperluan kapital rendah. Sesiapa sahaja dapat melakukan banyak perkara dalam pasaran pilihan dengan $1,000, tetapi tidak banyak dengan $1,000 dalam pasaran stok.

Kekurangan

  • Kecairan (liquidity) Rendah: Kebanyakan pilihan stok individu tidak mempunyai jumlah banyak. Hakikat bahawa setiap saham pilihan boleh mempunyai pilihan pelaburan pada harga tertentu yang berlainan dan tarikh luput bermakna pilihan tertentu yang anda laburkan akan menjadi jumlah yang sangat rendah melainkan jika ia merupakan salah satu saham yang paling popular atau indeks saham. Pelabur biasa yang hanya melaburkan 10 kontrak  tidak akan menghiraukan isu kecairan rendah.
  • ‘Spread’ Lebih Tinggi: Kontrak pilihan cenderung untuk mempunyai ‘spread’ (perbezaan ‘position’ pelaburan) kerana kekurangan kecairan. Ini bermaksud menerusi pilihan, anda akan menerima kos secara tidak langsung ketika menjalankan pelaburan pilihan kerana anda mungkin akan melepaskan ‘spread’ semasa proses pelaburan.
  • Komisen Lebih Tinggi: Pelaburan pilihan akan menyebabkan anda menanggung kos yang lebih dari segi komisen bagi setiap dolar yang dilaburkan. Komisen berkenaan mungkin akan melonjak lebih tinggi bagi ‘spread’ ketika anda membayar komisen bagi kedua-dua ‘spread’.
  • Rumit: Kontrak pilihan amat rumit bagi mereka yang baru menceburi pelaburan. Ini silapnya kerana kebanyakan mereka yakin bahawa telah memahami mengenai kontrak pilihan, tapi sebenarnya tidak.
  • Tarikh Luput: Apabila pilihan dibeli, pelabur akan kehilangan nilai waktu pilihan kerana mereka sedang memegangnya. Tiada jalan lain bagi peraturan ini.
  • Kurang Maklumat: Pilihan boleh menjadi lebih sukar ketika ‘quote’ atau maklumat analisis standard seperti ketidaktentuan tersirat.
  • Pilihan Tidak Ada Bagi Setiap Saham: Walaupun pilihan terdapat pada beberapa saham yang bagus, tetapi ia masih terhad.

Coin Terakhir Kami

Pelaburan pilihan dan derivatif lain tidak dinafikan mempunyai banyak risiko. Sebelum menggunakan strategi ini, pelabur perlu mempunyai pengetahuan tinggi bagaimana kontrak pilihan berfungsi. Pemahaman tinggi terhadap gabungan ‘call’ dan ‘put’ serta risiko yang ada adalah penting. Dalam pada itu, pelabur juga perlu mempunyai strategi pengurusan risiko termasuk analisis asas dan teknikal untuk mengurangkan potensi kerugian.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top