Now Reading
Apple Vs. Samsung: Ciri Kripto Dalam iPhone 12?

Apple Vs. Samsung: Ciri Kripto Dalam iPhone 12?

Penambahan model baharu iPhone sentiasa mencuri perhatian umum, dengan tarikh pelancaran iPhone 12 Pro pula dijangka berlaku pada September 2020. Komuniti dan orang ramai pasti tertanya-tanya, adakah model kali ini bakal menyaksikan Apple menerapkan ciri kripto seperti mana dilakukan oleh pesaing sengitnya, Samsung?

iPhone 12 dikatakan mempunyai dompet mudah alih, iaitu salah satu ciri bagi mata wang kripto. Bagaimanapun, Apple telah mendedahkan bahawa peranti miliknya akan bebas daripada sebarang aktiviti kripto. Dalam pada itu, Apple Store yang merupakan sebuah kustodian popular mempunyai potensi untuk menyekat aplikasi berkaitan kripto. Tetapi terdapat satu ciri di dalam ‘developer pack’ Apple yang dikenali sebagai Apple CryptoKit, ini sekali gus membayangkan bahawa syarikat gergasi itu kini sedang mengkaji kunci peribadi-awam kriptografi.

Apple CryptoKit merupakan ciri yang terdapat dalam peranti dan menawarkan operasi kunci asas. Ketika pendekatan ini dilihat melangkaui teknologi blockchain dan mata wang kripto, tetapi ia juga sebuah alatan yang mampu menawarkan ‘self-sign’ dan juga keselamatan enkripsi. Ia merupakan perkhidmatan enkripsi dan ‘key-signing’ bertahap tinggi, di mana boleh diterjemahkan ke dalam bentuk aplikasi. Ketika ini, kecenderungan ciri berkenaan dihasilkan ke dalam bentuk aplikasi kriptografi masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini, Samsung dan HTC telah menceburi ruangan kripto dengan menambah ciri dompet dan simpanan kunci peribadi dalam peranti mudah alih mereka. Samsung Galaxy S10 merupakan peranti mudah alih pertama Korea Selatan yang menerapkan mata wang kripto dan menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan komuniti.

Telefon mudah alih kripto telah wujud sejak beberapa tahun lalu, tetapi produk Apple juga yang ditunggu-tunggu ramai. Sekiranya syarikat telefon mudah alih menawarkan asas ciri kriptografi, mereka secara tidak langsung berkuasa untuk mengawal perlindungan data dan pemilikan sendiri. Bagaimanapun, Apple kelihatan teguh dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan sebarang ciri atau aplikasi berkaitan kripto ke dalam lingkungan produknya.

iPhone mempunyai sebuah ciri iaitu Secure Enclave yang boleh mewujudkan satu lagi lapisan sekuriti bagi kunci peribadi. Ciri ini bakal melengkapkan iPhone sebagai dompet ‘hardware’ yang selamat. Ini turut merangkumi sehingga ke simpanan memori standard.

See Also

Persoalannnya, sudikah Apple untuk melangkah ke dalam teknologi kripto?

Siri iPhone 12 diuar-uarkan menawarkan empat pengubahsuaian yang bakal mengejutkan ramai dengan reka cipta berbeza dan ciri penambahan pada kamera. Jika Apple sebagai sebuah syarikat teknologi gergasi turut memegang industri alatan kripto, maka mereka pasti akan menjadi lebih ‘besar’!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top