Now Reading
Elak Pengabaian Anjing Guna Blockchain

Elak Pengabaian Anjing Guna Blockchain

Blockchain For Dogs To Prevent Abandonment-techcryption

Menurut laporan Ente Nazionale delle Cinofilia Italiana (organisasi pembiak anjing Itali), 200,000 ekor anjing didaftarkan setiap tahun. Rekod pembiakan haiwan ini tidak mudah didapati dan data mungkin akan hilang.

Pasangan suami isteri, Irene Sofia dan Marco Crotta merupakan pakar blockchain di Itali. Idea asal mereka adalah untuk menguji Pinta, anjing peliharaan mereka. Pinta merupakan anjing berbaka Australian shepherd yang juga terkenal di YouTube.

Teknologi ini boleh digunakan terhadap mana-mana haiwan yang boleh dikenalpasi melalui cip mikro atau sistem identifikasi lain untuk membantu membanteras kegiatan pengabaian, dagangan sulit, penyakit genetic dan penderaan.

FattorePet, merupakan sebuah agensi pemasaran digital khusus untuk sektor penjagaan haiwan peliharaan, telah melancarkan Fauna.life. Ia bertujuan untuk menubuhkan pusat pendaftaran bebas untuk haiwan kanin. Pemilik haiwan peliharaan boleh merekod maklumat dan ia tidak boleh dipadam.

See Also
Ripple Failed to Dismiss Lawsuit-Techcryption-01

Selain daripada itu, fungsi ini membolehkan penyatuan rekod pendaftaran diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini juga termasuk operasi dan penggunaan antara rantau, seperti kajian penyakit genetic dengan lebih tepat.

Fungsi ini juga akan memastikan ketepatan dan ketelusan dalam setiap data yang direkod.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top