Now Reading
Jabatan Pilihan Raya Diminta Kaji Blockchain Dalam Proses Pemilihan

Jabatan Pilihan Raya Diminta Kaji Blockchain Dalam Proses Pemilihan

Department Of Election To Look Into Blockchain For Fair And Secure Voting-techcryption

Wakil rakyat Virginia, Hala Ayala menerusi Dewan Resolusi Bersama No.23 pada hari Rabu (8 Januari 2020) meminta Jabatan Pilihan Raya (DOE) untuk mengkaji penggunaan teknologi blok rantai dalam proses pemilihan yang bertujuan melindungi rekod pengundi dan keputusan pilihanraya.

Resolusi itu menjelaskan bahawa rekod 5 juta pemilih yang mendaftar di Commonwealth serta keseluruhan Pilihan Raya Virginia dan Sistem Maklumat Pendaftaran berada di bawah tanggungjawab DOE di mana matlamat utama perlulah mempromosikan serta menyokong pilihan raya yang tepat, adil, terbuka dan selamat buat penduduk Commonwealth.  

“Bagi menjalanksn kajian ini, DOE perlu:

See Also

  1. Tentukan kaedah teknologi blok rantai yang boleh digunakan untuk melindungi rekod pemilih dan keputusan pilihan raya
  2. Tentukan kos serta kelebihan adaptasi teknologi blok rantai berbanding pendaftaran sedia ada termasuk tahap keselamatan pilihan raya
  3. Gariskan cadangan berhubung sama ada dan bagaimana untuk menggunakan teknologi blok rantai dalam proses pemilihan yang kelak melindungi rekod pengundi dan keputusan pilihan raya.”

Jika langkah ini direalisasikan, Virginia Utara akan menjadi negeri pertama yang bakal menawarkan pemilihan mudah alih berasaskan blok rantai dalam pilihan raya persekutuan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top