Now Reading
Apa Itu Kontrak Futures Kekal?

Apa Itu Kontrak Futures Kekal?

Kontrak Futures Kekal adalah derivatif yang lebih daripada kontrak futures biasa. Ia tidak mempunyai tarikh matang atau luput yang tetap. Ini membolehkan pembeli dan penjual memegang aset atau posisi mereka selama yang mereka kehendaki. Jadi, jika harga aset ditetapkan meningkat, akan ramai pembeli. Sebaliknya pula, jika harga aset menjunam, ramai yang akan menjual.

Selain daripada itu, dagangan kontrak kekal ini berdasarkan Indeks Harga. Ia berdasarkan purata harga aset mengikut pasaran utama dan jumlah dagangan.

Perbezaan antara Kontrak Futures dan Kontrak Futures Kekal

Kedua-dua kontrak ini hampir sama tetapi yang paling ketara adalah Kontrak Kekal tidak mempunyai tarikh matang. Malah, Kontrak Kekal menerima fi dana berbanding Kontrak Futures.

CIri-ciri Unik Kontrak Futures Kekal

See Also
  • Tiada Tarikh Matang: Ia dianggap sebagai Dagangan Semerta (Spot Trading) yang membolehkan pelabur berdagang aset, komoditi atau mata wang kripto berdasarkan harga semasa yang paling hampir.
  • Tanda Harga: Ia adalah harga anggaran berdasarkan nilai semasa dagangan. Kiraan Tanda Harga akan mengelakkan akaun futures daripada dicairkan bila harga pasaran tidak stabil. Ia juga memainkan peranan besar untuk menentukan Untung Rugi Belum Terialisasi.
  • Mekanisma Harga Dual: Untuk mengelakkan pelabur daripada menjadi mangsa manipulasi pasaran dan memastikan suasana dagangan lebih adil.
  • Margin Awal: Jumlah minimum boleh bayar untuk posisi leveraj, contohnya USDT 10,000 bersamaan 100:1. Pelabur perlu membayar USDT 100 sebagai margin awal sebagai cagaran kontrak.
  • Margin Penyelenggaraan: Baki minimum mestilah mencukupi dalam akaun untuk mengekalkan posisi dagangan terbuka. Penyelenggaran margin berubah mengikut harga pasaran aset. Jika harga pasaran menjunam, aset akan dicairkan dan semua posisi akan ditutup. Untuk mengelakkan akaun dicairkan, Margin Call akan diterima dan pelabur akan diminta untuk melakukan deposit supaya posisi dagangan kekal terbuka.
  • Kadar Pendanaan: Ia bermaksud kadar bayaran antara pembeli dan penjual. Apabila kadar ini di atas sifar (positif), pelabur berposisi panjang (pembeli kontrak) akan membayar pelabur posisi pendek (penjual kontrak). Jika kadar pada paras negative, posisi bayaran adalah sebaliknya. Jika kontrak futures itu didagangkan secara premium (atas harga pasaran), pelabur posisi panjang perlu membayar pada pelabur posisi pendek. Dalam situasi ini, pelabur posisi panjang akan menutup akaun mereka dan pelabur posisi pendek akan membuka akaun yang menjurus kepada penyusutan harga aset.
  • Pencairan (Liquidasi): Jika penyelenggaran dana turun ke bawah nilai minimum, akaun futures pelabur akan dicairkan. Had pencairan ini berbeza berdasarkan platform tukaran, dan nisbah cagaran pelabur. Apabila akaun dalam status pencairan, pelabur harus membayar fi yang akan didebitkan kepada akaun futures. Setelah itu, baki akaun dipulangkan pada pelabur dan jika pelabur tidak mempunyai baki bernilai malah perlu membayar lebih, pelabur akan diisytiharkan bankrup.
  • Insuran Dana: Perkhidmatan tukaran seperti Binance memiliki fungsi Kontrak Futures Kekal. Ia mempunyai perlindungan insuran apabila pelabur menjadi bankrup dan menghadapi pencairan. Semasa proses pencairan, pelabur boleh menuntut insuran.
  • De-Leveraging Auto: Satu cara pencegahan pencairan jika insuran tidak dapat dituntut (mengikut situasi tertentu), pelabur yang untung perlu menyumbangkan sebahagian keuntungan mereka kepada pelabur yang rugi. Oleh kerana pasaran mata wang kripto yang tidak stabil serta leveraj tinggi yang ditawarkan, situasi seperti ini tidak mustahil. Ciri ini akan membantu pelabur yang mengalami kerugian besar akibat pelabur yang berniat jahat.

Coin Terakhir Kami

Kontrak Futures Kekal adalah mekanisma pelaburan yang menguntungkan dalam pasaran mata wang kripto. Dengan menggunakan kecanggihan yang dimiliki oleh platform tukaran semasa serta strategi yang unik, pelabur boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan bijak.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top