Now Reading
Lelaki Singapura Bayar SGD1 Juta Bernilai Bitcoin Sebagai Tebusan

Lelaki Singapura Bayar SGD1 Juta Bernilai Bitcoin Sebagai Tebusan

Singaporean Paid SGD1 Million In Bitcoin As Ransom-techcryption

Bekas penasihat blok rantai bagi X Infinity, Mark Cheng Jin Quan telah diculik dan diseksa di Thailand bagi tebusan SGD 1 juta bernilai Bitcoin. Ketika kejadian, Mark sedang melancong ke Thailand bersama rakannya, Kim Lee Yao Wei.

Setelah kedua-duanya tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi, mereka menaiki Grab untuk berjumpa rakan kepada Lee dan dalam masa sama, mangsa juga tidak mengetahui ke mana destinasi yang dituju. Apabila kereta berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak, Mark ditarik oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan ditutup matanya sebelum disumbat ke dalam sebuah kenderaan lain.

Selepas beberapa ketika, Mark mendapati dirinya berada di sebuah rumah dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat. Ketika diculik, mangsa tidak mengesyaki bahawa rakannya adalah dalang di sebalik insiden terbabit dan dia mendakwa telah dipukul dan dikenakan renjatan elektrik. Penculik meminta wang tebusan untuk Mark dilepaskan.

Setelah dia memindahkan lebih 5.9 BTC, penculik masih mendapati nilai itu tidak mencukupi dan membawa mengsa ke lokasi lain untuk ugut bunuh. Bagaimanapun, Mark berjaya meloloskan diri dan seorang penunggang motosikal membawanya ke stesen polis Ongkarak.

Susulan itu, Lee, 31 berjaya ditangkap di sebuah hotel Bangkok pada Ahad lalu dan suspek mengaku bersalah atas kesalahan merompak, menahan tebusan, mendera secara fizikal dan memiliki senjata api haram.

See Also
Over 3 Million Worth BCH Taken By Anonymous Miner-Techcryption

“Saya takut untuk datang ke sini lagi (Thailand) dan akan tinggalkan negara ini sama ada Khamis atau Jumaat ini.”

Mark Cheng Jin Quan

Bagaimanapun, Mark turut dituduh atas salah guna wang bernilai $323,052 milik sebuah syarikat pelaburan pada tahun 2014 dan pendengaran kes tersebut akan berlangsung pada 3 Februari depan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top