Now Reading
Perkasa Komuniti Kreatif Menerusi DAO of Wu

Perkasa Komuniti Kreatif Menerusi DAO of Wu

Kuala Lumpur, 13 Jan: Bengkel DAO of Wu, Building Sustainable Creative Communities yang mencakupi informasi mengenai blok rantai dan mata wang kripto membuka peluang serta kemampanan ke arah komuniti yang kreatif. Bengkel yang dianjurkan oleh TYGS & DAOFest itu merupakan siri program bertujuan mempromosi budaya Hip Hop di Malaysia dan telah berlangsung di Common Ground, TTDI.

Jurucakapnya, Jason Vandal yang juga merupakan seorang artis Hip Hop serta ahli perniagaan percaya teknologi adalah melebihi interaksi fizikal. Sehubungan itu, teknologi perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh komuniti dan digunakan sebagai alat pemerkasaan.

Dalam pada itu, bengkel berkenaan telah berjaya menarik ramai peserta yang berlatar belakang berbeza antaranya peminat teknologi blok rantai, wakil komuniti kreatif serta pelajar universiti.

Pada bengkel berkenaan, setelah peserta diperkenalkan mengenai DAO dan blok rantai, mereka kemudiannya dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan bagi aktiviti idea DAO Canvas. Setiap kumpulan diberikan tugasan dan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, mereka diminta untuk membentangkan kreativiti masing-masing.

See Also
Luno Exchange-techcryption

Setiap projek yang dibentangkan akan dikongsi kepada komuniti DAO dan satu daripadanya akan dipilih sebagai projek terbaik. Kumpulan yang memenanginya menerima hadiah berupa mata wang kripto daripada pihak penganjur.

Sementara itu, Jason memberitahu bahawa bengkel itu bakal diteruskan dan destinasi seterusnya adalah di Thailand pada bulan hadapan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top