Now Reading
2020: Tahun Terbaik DeFi & Perkongsian Ekonomi

2020: Tahun Terbaik DeFi & Perkongsian Ekonomi

Cyberjaya, 14 Jan: United Nations Technology Innovation Labs (UNTIL) dan Futurise baru-baru ini telah menganjurkan satu forum ‘Technovation Talk – Mind the Gap: Decentralized Finance & Shared Economy’ yang menampilkan pakar pendidikan serta wakil sektor swasta untuk berbincang mengenai teknologi canggih dan penggunaannya dalam kemampanan pembangunan industri.

Panel jemputan dan mereka yang turut hadir termasuk Pengarah Program MIGHT, Mastura Ishak; CEO Blockchain & Fintech Blocklime, Harpeet Singh Maan; Pengurus Luno Malaysia, Aaron Tang; Wartawan Fintech; Vincent Fong dan Rakan Pengurusan Bitcoin Malaysia, Jason Chew.

Pada forum berkenaan, Mastura Ishak sebagai panel pertama mulakan sesi dengan memperkenalkan bagaimana blok rantai membantu kepada perkongsian ekonomi 2.0 di Malaysia. Jelasnya, blok rantai merupakan platform terbaik yang membantu meningkatkan ketelusan data di dalam pengurusan rantai bekalan serta nilai unik yang ada – mata wang kripto. Dalam masa sama, beliau juga berharap agar Malaysia akan terus menuju ke arah dan memperkasa teknologi blok rantai.

Kemajuan dalam Industri 4.0 di mana melihat penggabungan tenaga pengkomputeran, robot, data besar serta artificial intelligence (AI) menyumbang kepada revolusi pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan serta pembuatan. Bukan itu sahaja, Decentralized Finance (DeFi) mencipta gelombang besar sejak beberapa bulan lalu sekali gus menyaksikan pembangunan pesat platform yang menawarkan produk DeFi serta pelaburan dalam sektor berkaitan.

Perbincangan diteruskan dengan perkongsian Harpeet Singh berhubung pengenalan DeFi iaitu aktiviti yang memanfaatkan rangkaian tidak berpusat untuk mengubah produk kewangan tradisional ke dalam protokol yang lebih telus dan dipercayai tanpa penglibatan pihak ketiga. Jelasnya, sistem kewangan tidak berpusat dibina dalam rangkaian teknologi lejar teredar (DLT) untuk melaksanakan fungsi ekonomi tidak berpusat. Harpeet dalam pada itu percaya bahawa Internet of Things (IoT), data besar dan AI adalah kunci kepada masa depan tidak berpusat.

Ketika sesi perbincangan berlangsung, antara soalan yang dilontarkan adalah apakah isu yang boleh diselesaikan DeFi. Menurut Harpeet, terdapat banyak inovasi yang dapat membantu kepada penjimatan masa, di mana transaksi menjadi lebih pantas dan murah berbanding kaedah konvensional. Sementara itu, Aaron Tang pula berpendapat bahawa sistem DeFi adalah sama seperti perbankan tradisional, tetapi ia lebih terbuka dan demokratik.

See Also

Pada forum sama, para panel jemputan turut berkongsi mengenai peluang pekerjaan dalam industri blok rantai dan mata wang kripto. Tanpa mengira tahap atau bidang pendidikan, individu yang berminat sudah tentu dapat melibatkan diri dalam industri ini asalkan mempunyai minat mendalam.

Sementara itu, Aaron Tang ketika ditemubual Techcryption berkongsi mengenai rancangan Luno pada tahun ini, manakala Harpeet pula merancang untuk menganjurkan beberapa program termasuk kursus dan latihan. Jelasnya, perancangan Blocklime lebih tertumpu kepada pendidikan. Bagi mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai blok rantai dan mata wang kripto, boleh layari laman web rasmi mereka.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
1

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top