Now Reading
Alipay Tawar Perkhidmatan Sewa Berasaskan Kripto

Alipay Tawar Perkhidmatan Sewa Berasaskan Kripto

Aplikasi pembayaran atas talian, Alipay dengan kerjasama Wukong Car Rental memperkenalkan perkhidmatan pengecaman wajah sewa kereta yang pertama di dunia dan dijana oleh mata wang kripto. Konsep yang cuba diketengahkan adalah bertujuan memperkemas aktiviti sewa kereta di China.

Memandangkan penggunaan tunai di China dikurangkan, perkhidmatan pembayaran telefon mudah alih seperti Alipay dan WeChat Pay dilihat mendominasi pasaran runcit. Pengguna di seluruh China mula menggunakan telefon mudah alih dalam transaksi pembayaran.

Secara umumnya, sewaan kereta boleh mengambil masa sehingga 30 minit. Bagaimanapun, menerusi tawaran perkhidmatan baharu oleh Alipay, pengguna kini hanya perlu mengimbas wajah dan melengkapkan tempahan menerusi telefon pintar mereka. Proses yang diambil akan menjadi lebih efisien dan yang paling penting, pelanggan tidak perlu menunggu lama. Dalam pada itu, mereka yang mempunyai skor kredit melebihi 550 tidak perlu membayar deposit.

Selain itu, sistem berkenaan juga menggunakan teknologi kripto untuk mengesan dan merekod keseluruhan proses sewa.

See Also
TRON Founder Acquired Steemit, Calling Vote for New Leadership-Techcryption-01

Perkhidmatan itu setakat ini dilaporkan beroperasi di bandar Kunming, Wilayah Yunan. Bagaimanapun, Wukong Car Rental menjangkakan perkhidmatan tersebut boleh didapati di kesemua wilayah sepanjang tahun ini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top