Now Reading
Bitfury & UN Gabung Tenaga Pulihara Hutan Kazakhstan

Bitfury & UN Gabung Tenaga Pulihara Hutan Kazakhstan

Bitfury and UN Working on A Project to Preserve Kazakhstan’s Forestland-techcryption

Syarikat perkhidmatan teknologi blok rantai terkemuka dunia, Bitfury mewujudkan hubungan kerjasama dengan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi projek hutan di Kazakhstan. Perjanjian projek berkenaan dilaporkan akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini dengan Menteri Ekologi, Geologi dan Sumber Semula Jadi negara berkenaan.

Projek hutan itu bertujuan membantu Kazakhstan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 15% dengan pembinaan tanah hutan di Daerah Pavlodar. Untuk rekod. Kazakhstan mempunyai sebanyak 29 juta hektar hutan dan hampir kesemuanya berdepan dengan pembakaran serta pembalakan secara haram.

Sehubungan itu, bagi permulaan, sebanyak 20 hektar tanah diwujudkan untuk menggunakan gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembekal dikuasai oleh arang untuk memenusi operasi Bitfury, dalam masa sama untuk mengimbangi jejak karbon sehingga 100-110%.

Negara itu dilaporkan berjaya mengurangkan penggunaan tenaga tahunan sebanyak 25-45% sejak lima tahun lalu menerusi projek perintis yang fokus terhadap pemanasan bangunan perumahan dengan bantuan daripada PBB. Wakil Rakyat UNDP di Kazakhstan, Yakup Beris berkata, inisiatif itu adalah yang pertama dilakukan bagi mengurangkan gas karbon di Kazakhstan di samping mempercepatkan usaha kerajaan.

See Also
Another Day, Another Stablecoin-Techryption-01

“Kami sepenuhnya menyokong matlamat kemampanan pembangunan UNDP untuk melindungi planet kita dan diinspirasikan oleh inisiatif Kazakhstan untuk mewujudkan mekanisme bagi pengurangan gas rumah hijau.”

CEO & Pengasas Bersama, Valery Vavilov.
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top