Now Reading
10 Ramalan ‘Blockchain’ Bagi 2020

10 Ramalan ‘Blockchain’ Bagi 2020

10 Blockchain Prediction in 2020-techcryption

2019 merupakan tahun fenomena yang menyaksikan pertumbuhan mata wang kripto serta adaptasi blok rantai. Dari situ, pelbagai kesatuan dibentuk, ciri-ciri pelaburan mata wang kripto baharu ditambah baik serta Bitcoin dan Ethereum berjaya bertahan dalam ‘bear market’. Lebih menarik apabila China turut menyertai perlumbaan teknologi blok rantai dengan memperuntukkan berbilion bagi inovasi berkenaan.

Kini menjelang 2020, sudah tentu terdapat pelbagai harapan dan ramalan dalam persekitaran kripto. Tahun ini juga merupakan tempoh di mana komuniti kripto bukan sahaja meramalkan masa depan mata wang kripto, malah turut menumpukan teknologi blok rantai dan penerimaan idea tidak berpusat (decentralisasi).

Jadi, ini 10 ramalan yang bakal berlaku dalam teknologi blok rantai bagi 2020.

Pelancaran Projek Libra Facebook

Walaupun menerima tentangan daripada pihak kawal selia, namun tahun ini bakal menyaksikan pelancaran rasmi Libra oleh Facebook. Bagaimanapun, projek itu dijangka dilancarkan dengan ciri-ciri yang terhad.

Bank Pusat Mata Wang Digital China

Bank Pusat Mata Wang Digital China (CBDC) dijangka bakal ditubuhkan pada tahun ini. China terkenal sebagai pemain utama dalam ruangan kripto, dan langkah yang diambil Presiden Xi Jinping untuk menerokai teknologi blok rantai telah mendorong pertumbuhan pelaburan yang besar serta kajian terhadap teknologi berkenaan.

Baca: China Laksanakan Rangkaian Perkhidmatan ‘Blockchain’ Negara

Perkembangan Proof-of-Stake (PoS)

Vitalik Buterin dan Ethereum diketahui umum sebagai yang terawal untuk mengadaptasi konsep PoS dan sehingga kini, terdapat berduyun-duyun projek dibangunkan yang menggunakan ‘validator’ berasaskan stake untuk memperkasa rangkaian blok rantai. PoS memberi kelebihan dari segi penggunaan tenaga rendah memandangkan tiada keperluan untuk membayar pengguna rangkaian yang mewujudkan ‘lightning network’.

Adaptasi ‘Stablecoin’ Meningkat

Tahun 2020, komuniti kripto akan melihat pertumbuhan adaptasi ‘stablecoin’ yang kebanyakannya disokong oleh fiat dan dijalankan menerusi pertukaran pelaburan. Projek seperti Fnality dan ‘stablecoin’ J.P. Morgan juga akan dilancarkan. Setakat ini, syiling yang disokong oleh dolar, Tether $USDT merupakan aset mata wang kripto yang paling tidak menentu.

Perkembangan Kewangan Tidak Berpusat (DeFi)

Sehingga kini, kita dapat melihat terdapat lebih $290 juta yang disimpan dalam pelbagai aplikasi ekosistem DeFi. Peningkatan angka itu didorong oleh pertumbuhan ‘Maker DAO’ dan ‘stablecoin’ Dai, tetapi masih dapat dilihat perkembangan pertukaran tidak berpusat, ramalan pasaran serta aplikasi pinjaman.

Ethereum 2.0

‘Hard fork’ yang paling ditunggu-tunggu adalah ‘hard fork’ terakhir oleh Ethereum 1.0 – telah berjaya dilancarkan dan Vitalik Buterin turut mengeluarkan ‘explorer’ blok bagi Proof of Stake Beacon Chain dan perkembangan Ethereum 2.0 juga dijalankan dengan pantas.

Baca: Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Casper Ethereum

See Also
apa itu blockchain

Perlumbaan ‘Blockchain’ AS dengan China

Pada Januari 2020, satu set peraturan baharu akan dikuatkuasa yang melihat pendirian tegas kerajaan China terhadap menyokong blok rantai dan mata wang kripto. Selain itu, CBDC juga bakal dilancarkan. Situasi ini sekali gus mendesak Amerika Syarikat untuk bertindak segera atau bakal kalah dalam ‘perlumbaan’ berkenaan.  

Aplikasi Muzik Berasaskan ‘Blockchain’

Bagi 2020, impak blok rantai terhadap seni, muzik dan karya kreatif dijangka membangun dengan pesat. Menerusi laporan pada tahun 2014, The Fine Arts Expert Institute (FAEI) di Geneva mendapati lebih 50% karya seni yang ditiru atau tidak dikreditkan kepada artis asal. Menerusi blok rantai, isu-isu berkenaan dapat ditangani.

Pihak Kawal Selia Akan Giat Berusaha

Wyoming setakat ini telah mempunyai 13 undang-undang yang menyokong blok rantai dengan 3 kategori berkaitan aset digital. Situasi itu sekali gus menyaksikan teknologi blok rantai tidak akan terus dipinggirkan. Kebanyakan pihak kawal selia di beberapa negara lain mula meneroka dan menggariskan panduan serta perundangan ke atas kripto dan blok rantai sebelum terlambat.

Coin Terakhir Kami

Sehubungan itu, 2020 dijangka melihat kepentingan teknologi blok rantai akan meningkat seperti mana berlaku dalam ekosistem digital. Ia juga dilihat sebagai tahun penting buat komuniti kripto secara umumnya kerana pelbagai industri akan mula mengadaptasi serta perkara menarik lain yang ditunggu-tunggu.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
1
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top