Now Reading
‘Blockchain’ Dalam Agrikultur, Tingkat Tempoh Hayat Tanaman

‘Blockchain’ Dalam Agrikultur, Tingkat Tempoh Hayat Tanaman

Blockchain For Agriculture To Extend Shelf Life-techcryption

Seperti diketahui umum bahawa tanaman agrikultur mempunyai jangka hayat pendek setelah dituai dan memerlukan suhu bersesuaian untuk memanjangkan tempoh jangka hayatnya. Sekiranya tedapat salah cara mengendalikannya, ia hanya akan menyebabkan pembaziran.

Oregan, sebuah negeri terletak di Amerika Syarikat (AS) merupakan pengeluar utama bagi beri biru yang pernah mencatat nilai sehingga $180 juta pada tahun 2018. Beri biru sepatutnya disimpan dalam suhu melebihi takat beku untuk memanjangkan tempoh jangka hayatnya.

Sementara itu, Intel iaitu syarikat multinasional AS telah melaksanakan projek perintis bagi menjejak buah beri biru bermula tanamannya sehingga diproses menggunakan teknologi blok rantai. Menerusi projek berkenaan, Intel meletakkan sensor jarak jauh dalam peti beri biru yang dihantar oleh trak dari Kebun Sinn berdekatan Silverton, lokasi pengawasan, suhu dan beberapa faktor persekitaran lain.

Pihak kawal selia keselamatan makanan di Oregon yakin bahawa blok rantai akan mengurangkan tempoh masa diambil untuk menjejaki sumber penyakit bawaan makanan dari hari atau minggu ke minit hingga ke saat, sekali gus membantu mengurangkan kadar penyakit.

See Also

“Projek ini berjaya dilakukan walaupun syarikat masih lagi mengkaji bagaimana untuk menambah baik prosesnya. Saya fikir teknologinya sedia digunakan dan akan menjadi sangat bernilai.”

Pengurus Kanan rangkaian bekalan Internet of Things Intel, Ninette Vaz
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top