Now Reading
Apa Bitcoin, Kenapa Bitcoin?

Apa Bitcoin, Kenapa Bitcoin?

event 22012020-Techcryption-01

Seiring perkembangan industri kripto, peningkatan program berkaitan teknologi berkenaan turut meningkat. Kali ini, Techcryption berpeluang untuk menyertai program anjuran Bitcoin Malaysia, “What Bitcoin is NOT, and What It Actually Is,” yang berlangsung di WeWork EQ Plaza, Kuala Lumpur semalam (22 Januari 2020).

Diacarakan oleh Rakan Pengurusan Bitcoin Malaysia, Jason Chew, program itu dihadiri oleh kira-kira 80% peserta yang masih baharu dalam komuniti mata wang kripto dan blok rantai. Anjuran program berkenaan yang melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur, menyaksikan mereka berminat untuk mempelajari sesuatu yang asing.

Sehingga kini, 99% rakyat Malaysia masih terperangkap dengan pemikiran bahawa Bitcoin merupakan sebuah kelab, syarikat dan skim cepat kaya. Tetapi ia adalah sebaliknya kerana model bisnes skim cepat kaya menyasarkan individu yang tamak dan terdesak, dengan pulangan keuntungan yang tidak masuk akal.

Mengapa Bitcoin Penting?

Mata wang digital pertama dan tidak berpusat dunia, Bitcoin terkenal kerana terbuka dan telus dan beroperasi dalam platform blok rantai. Dalam masa sama, mata wang berkenaan juga diterima secara global dan tanpa sempadan, di mana penggunaannya tidak terhad dalam mana-mana rantau atau negara. Bitcoin yang beroperasi 24 jam selama 11 tahun dan 6 hari sehingga kini, menjadi bukti kukuh terhadap kemampuan teknologi blok rantai.

Selain itu, kewujudan Bitcoin dan platform blok rantai telah berjaya menginsipirasikan ribuan projek blok rantai dan mata wang kripto, sekali gus menyaksikan lebih 2,000 mata wang kripto berbeza dikeluarkan di seluruh dunia. Walaupun blok rantai Bitcoin mempunyai peluang untuk digodam, namun anggaran harga bagi setiap godaman adalah $10,000,000,000 yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa 10 minit, dan perkara itu adalah mustahil.

See Also

Kenali Bitcoin Malaysia

Diasaskan oleh Colbert Low pada 2012, Bitcoin Malaysia bermula dengan laman web blog dan sejak itu mula berkembang menjadi komuniti kripto terbesar di Malaysia dengan lebih 50,000 ahli. Sejak ditubuhkan, Bitcoin Malaysia aktif menganjurkan program yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai mata wang kripto dan blok rantai yang dianjurkan secara percuma. Jangan lupa untuk menyertai program mereka pada 5 Februari hadapan yang bakal berlangsung di Innovation Lab, Found8 KL Sentral, di mana mengetengahkan isu “What Bitcoin Did”. 

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top