Now Reading
Kutip Kripto Sambil Tonton Sukan

Kutip Kripto Sambil Tonton Sukan

SportsCastr, syarikat ‘streaming’ secara langsung yang disokong oleh NFL Players Association mengumumkan jalinan kerjasama dengan platform yang menghubungkan peminat sukan dengan parti menonton tempatan, FanWide. Integrasi yang dilakukan menerusi kerjasama berkenaan membenarkan peminat sukan untuk memperoleh token FanChain (FANZ) dengan menonton sukan di ribuan bar sukan di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan dalam masa sama menebus token ke tunai menerusi FanWallet SportsCastr.

Sebagai permulaan, pengguna perlu mendaftar akaun di FanWide.com yang akan disambungkan ke FanWallet. Dari situ, pengguna boleh memperoleh token di lebih 10,000 bar sukan di bawah rangkaian FanWide. Ini bermakna, pengguna dapat memiliki kripto dengan hanya menonton sukan.

Pada perkembangan akan datang, kedua-dua syarikat berkenaan menyasarkan kerjasama dengan bar tempatan dan tempat tontonan untuk menerima token FanChain sebagai pertukaran diskaun, minuman dan ganjaran lain. Dalam pada itu, FanWide juga akan mengintegrasikan teknologi ‘streaming’ secara langsung milik SportsCastr untuk membolehkan peminat membuat liputan secara langsung ketika menonton.  

“Peminat sukan sentiasa mencari kaedah baharu untuk menunjukkan tanda sokongan mereka, dan kini mereka berpeluang untuk memperoleh ganjaran dengan menonton pasukan mereka beraksi di samping menyokong bisnes tempatan. Kerjasama berkenaan memberi kelebihan buat peminat, tempat tontonan dan juga untuk dunia kripto.”  

See Also

CEO & Pengasas FanWide, Symon Perriman

FanWide merupakan platform kedua yang mengintegrasi FanChain. Penyiar juga dapat memperoleh FanChain dan penonton berpeluang untuk menggunakan token FANZ sebagai tip, buka kunci acara bayar setiap tayangan, pembelian langganan dan banyak lagi.

Sementara itu, SportsCastr turut membangunkan FanWallet dan DApp yang membenarkan mana-mana syarikat sukan, pasukan atau liga untuk mengedarkan dan memberi ganjaran kepada peminat menggunakan token FanChain menerusi SportsCastr.com dan aplikasi mudah alihnya terdapat di Apple iTunes Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web FanChain.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top