Now Reading
Hijau Kurangkan Stress di Ofis

Hijau Kurangkan Stress di Ofis

Jika anda seorang pekerja kolar putih yang menghabiskan masa seharian di pejabat, anda pasti perlukan masa untuk menghirup udara segar atau keluar dari suasana sesak persekitaran pejabat. Apatah lagi duduk atas kerusi dan menghadap skrin komputer dengan lama akan melesukan anda.

Apa yang akan terjadi adalah stress akan mula membina dan mengganggu tahap produktiviti anda. Menariknya, satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Jepun mendapati bahawa tumbuhan mampu meningkatkan kesihatan mental pekerja di pejabat.

Kajian Apa?

Kajian itu dilakukan oleh Universiti Hyogo di Awaji untuk menyiasat sama ada tumbuhan hijau dalaman dapat membantu pekerja.

Seramai 63 pekerja kolar putih dipilih sebagai subjek untuk kajian tersebut. Selepas itu, setiap subjek perlu memilih tumbuhan untuk diletak di atas meja mereka. Pilihan tumbuhan mereka adalah tumbuhan udara atau tillandsia, bonsai, kaktus San Pedro, tumbuhan foliage atau daun bercorak, Kokedama atau Echeveria.

Selepas subjek memilih tumbuhan mereka, ia akan diletak berdekatan monitor komputer di meja mereka. Untuk minggu pertama, subjek bekerja tanpa tumbuhan dan untuk empat minggu selepas itu, subjek akan meletakkan tumbuhan di atas meja sambil diberi tugasan untuk menatap tumbuhan tersebut untuk beberapa minit secara berkala.

Hasilnya?

Hasil kajian itu mendapati bahawa tahap keresahan mereka turun mendadak berbanding ketika tempoh minggu pertama subjek bekerja tanpa tumbuhan. Lebih menakjubkan lagi adalah tahap stress subjek menurun berdasarkan kadar nadi mereka.

See Also
Luno Exchange-techcryption

Malah, hasil kajian itu tidak bergantung kepada jenis tumbuhan yang dipilih. Ini bermaksud, semua peringkat umur akan merasai kebaikan ini dan tidak kira jenis tumbuhan.

Tunggu apa lagi?

Antara komen yang diberikan oleh subjek adalah positif kerana keseronokan menjaga tumbuhan mereka dan aktiviti itu juga dianggap sebagai satu rekreasi yang baik.

Jadi, jika anda bekerja di dalam suasana pejabat yang menambah stress, anda boleh cuba untuk meletak tumbuhan kecil di atas meja kerja. Ia mungkin dapat membantu produktiviti harian anda!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top