Now Reading
Mukbang: Kepuasan atau Binasa?

Mukbang: Kepuasan atau Binasa?

ASMR, bunyi kriuk makanan, bunyi makanan laut seperti sotong dikunyah mungkin menggelikan, tetapi anehnya ramai yang gilakan video sedemikian. Video makan makanan berlebihan sehingga tidak masuk akal, Mukbang mula diperkenalkan oleh Korea Selatan. Sejak gelombang k-pop mula melanda seluruh dunia, populariti Mukbang turut meningkat naik seterusnya menjadi ikutan penduduk negara lain. Malah, ada yang menjana pendapatan menerusi penghasilan video Mukbang.   

Ramai mencari kepuasan menerusi Mukbang, namun jika trend ini berterusan, ia akan memberi binasa terutamanya dari cara pola pemakanan. Perkongsian Youtuber Mukbang yang makan makanan ‘menimbun’ hanya dalam satu masa boleh menjadi punca kepada tabiat pemakanan berlebihan.

Tidak dinafikan bahawa ‘si pelaku’ kebanyakannya cantik, kurus dan kacak, namun kesemua mereka adalah dari kalangan ‘body builder’ yang terlatih dan tahu bagaimana untuk mengekalkan sosok tubuh ideal. Apatah lagi, makanan yang diambil oleh Youtuber Mukbang adalah makanan berlemak, mengandungi keju berlebihan, berminyak dan tidak sihat.

Makanan yang tidak sihat dan berlemak menjadi pilihan Youtuber Mukbang kerana dilihat menerima sambutan penonton yang menggalakkan. – SUMBER: You Tube

Namun, bagaimana pula dengan penonton. Tipulah jika penonton yang melihat tidak kecur air liur lantas teringin untuk mencuba makanan sama. Di Korea Selatan, kerajaannya mendapati kadar obesiti dalam kalangan penduduk lelaki di negara berkenaan semakin meningkat seiring peningkatah trend Mukbang. Susulan itu, pihak kerajaan merancang tindakan untuk menyekat kandungan video Mukbang, bagaimanapun mendapat tentangan daripada penduduknya sendiri.

Situasi berkenaan jelas menunjukkan bahawa Mukbang hanya membawa gaya pemakanan yang tidak sihat. Bukan itu sahaja, trend ini akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengamalkan diet ekstrem. Sebagai pengganti memuaskan nafsu pemakanan, mereka cenderung untuk menonton video Mukbang, namun dalam masa sama sanggup berlapar untuk kurus.

Tiada pihak yang dapat menghalang pemilihan kandungan tontonan individu, tetapi mereka yang telah terjebak dalam penghasilan video Mukbang disarankan untuk menasihati penonton untuk turut mengamalkan pemakanan sihat.   

Bonus! Konspirasi Penculikan YouTuber Mukbang

Disebabkan Mukbang semakin mendapat sambutan meluas dari seluruh dunia, ramai individu cuba untuk menyajikan video serupa. Baru-baru ini, warga netizen mula bertindak sebagai detektif untuk membongkar konspirasi bahawa gadis Youtuber Mukbang terkenal, Kate Yup diculik dan menjadi tawanan individu lain, dan dipaksa untuk makan makanan laut dengan jumlah banyak demi menghasilkan video Mukbang. Motif? Sudah tentu demi wang.  

Dalam video-video Mukbang yang disiarkan Kate Yup, gadis berkenaan ditutup matanya, dan setiap kali mula makan, dia kelihatan gelojoh seolah-olah kebulur. Dalam video-video Mukbangnya, Kate Yup tidak bercakap dengan penonton seperti mana video Mukbang lain dan hanya menggunakan sari kata untuk berkomunikasi. Pada awalnya, penonton tidak perasan, tetapi lama kelamaan mereka mula merasa pelik. Antaranya kate Yup semakin kurus walaupun dia makan makanan yang sangat banyak.

See Also

Tangan Kate Yup kelihatan lebam (dalam bulatan), dipercayai kerana didera oleh penculik. – SUMBER: You Tube

Bukan itu sahaja, dalam video-video berkenaan, mereka mengatakan turut mendengar suara lelaki lain yang memaksa Kate Yup untuk terus makan. Antaranya, perkataan “I’M TRYING TO KILL YOU!” Bukti yang menguatkan lagi spekulasi mereka, apabila tangan Kate Yup didapati lembam dan luka.

Sejak itu, mereka mula berpendapat Kate Yup sebenarnya diculik dan didera, sekali gus dipaksa untuk makan makanan yang sangat banyak. Netizen melihat motif disebaliknya adalah kerana wang, dan didakwa penculik juga mempunyai nafsu yang pelik, iaitu suka melihat orang lain makan dengan banyak.  

Kate Yup dikatakan gadis yang hilang ketika berusia 16 tahun, Karlie Guse. – SUMBER: Twitter

Apa lagi, keadaan menjadi mula kecoh, dan netizen juga merasakan Kate Yup turut menyampaikan pesanan rahsia menerusi sari kata, antaranya SOS dan HELP. Netizen percaya bahawa Kate Yup merupakan gadis sama yang hilang ketika berusia 16 tahun, iaitu Karlie Guse yang masih belum ditemui sehingga sekarang.  

Sehingga ke harini, masih belum dipastikan kesahihan spekulasi berkenaan dan siapa sebenar Kate Yup juga tidak dapat diketahui. Jika ingin mengetahui lanjut, lihat bebenang di sini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
2

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top