Now Reading
BTCUSDT Mencari Kekuatan Untuk Memukul Harga Kepada Yang Lebih Tinggi Sekaligus Memberi Peluang Sekali Lagi Kepada Penggemar BTC Untuk Membelinya.

BTCUSDT Mencari Kekuatan Untuk Memukul Harga Kepada Yang Lebih Tinggi Sekaligus Memberi Peluang Sekali Lagi Kepada Penggemar BTC Untuk Membelinya.

BTCUSDT : Harga Bitcoin TetherUS kini berada dalam zone resistance. Di mana harga BTCUSDT mungkin akan turun mencari paras support terdekat iaitu pada harga 9147.19 , sebelum meneruskan perjalanan kenaikannya ke paras tertinggi baharu, iaitu ( 10370.00 – 10565.92 ).

Pemerhatian kami untuk saat ini, BTCUSDT berada pada paras ranging, paras yang di mana kita boleh beli dan jual untuk jangka masa yang singkat (scalping). Walaubagaimapun, tekanan harga untuk melonjak kepada harga yang lebih tinggi itu lebih kuat berbanding tekanan harga ke paras yang lebih rendah.

Secara teknikal pula, di dalam timeframe (D1), telah berlakunya rejection yang banyak pada paras resistance yang terkini iaitu pada 9513.68 . Ini menyakinkan lagi bahawa harga BTCUSDT bakal turun ke paras lingkungan ( 9147.19 – 8818.00 ).

Kenaikan yang sangat drastic bermula 25 sehingga 30 Januari 2020 iaitu sebanyak 1323.10 ( 16.03% ) telah mengejutkan ramai scalping trader , akan tetapi kenaikan tersebut telah kami ramalkan pada 16 Disember 2019 yang lepas.

Jadi kami mencadangkan untuk membeli BTCUSDT pada paras support ( 9147.19 – 8818.00 ) sehingga harga BTCUSDT mencecah paras harga ( 10370.00 – 10565.92 ).

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top