Now Reading
Polis Belgium, Perancis dan Israel Tumpaskan Skim Penipuan Kripto

Polis Belgium, Perancis dan Israel Tumpaskan Skim Penipuan Kripto

Agensi penguatkuasa Belgium, Perancis, dan Israel telah melaporkan kejayaan mereka menumpaskan skim pelaburan palsu kripto di peringkat antarabangsa yang dikatakan menipu mangsa dengan pulangan setinggi 35%.

Kerjasama polis di antara ketiga-tiga negara itu berjaya menumpaskan rangkaian jenayah pelaburan palsu tersebut. Mereka juga melaporkan bahawa seorang suspek yang menjadi dalang operasi ini telah dikenalpasti.

Menurut laporan lagi, antara mangsa yang tertipu adalah sebuah syarikat swasta ternama Perancis serta ahli penguatkuasa tempatan bersama lebih 80 mangsa lain. 10 orang suspek terlibat dengan kes telah ditahan. Skim penipuan ini telah mengaut wang sekurang-kurangnya €6 juta.

Siasatan juga mendapati bahawa ada inbois-inbois bernilai jutaan euro masih belum diterima mereka. Lebih dari €1 juta aset dalam rangkaian akaun terlibat telah dibekukan.

See Also

Operasi yang telah berlangsung sejak awal 2019, pihak Europol telah menahan empat orang suspek terlibat sebelum lima lagi disoal siasat di Israel berikutan kerjasama antarabangsa operasi tersebut yang melibatkan penyiasat dari tiga negara terlibat.

Rangkaian kumpulan itu dikatakan mempunyai platform dalam talian yang menjanjikan pulangan pelaburan mata wang kripto, di samping emas dan permata. Mangsa dijanjikan pulangan sebanyak 5% hingga 35% untuk ROI mereka, dan suspek bertindak sebangai pengurus untuk menggalakkan pelaburan tambahan buat mangsa.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top