Now Reading
BitMEX Sokong XRP, Tapi CEO Sendiri Panggil Ia ‘Dogshit’

BitMEX Sokong XRP, Tapi CEO Sendiri Panggil Ia ‘Dogshit’

BitMEX Adds XRP But The CEO Calls It Dogshit-Techcryption

Platform pelaburan dan pertukaran mata wang kripto, BitMEX mengumumkan penambahan kontrak ‘perpetual swap’ bagi token XRP bermula hari ini, 4.00 UTC.

Menurut BitMEX, kesemua ‘margin’ dibuat dalam bentuk Bitcoin, di mana pelabur boleh memilih untuk membuat kontrak ‘long’ atau ‘short’ dan menawarkan ‘leverage’ 50x bagi kontrak XRP/USD dalam platformnya.

Selain BitMEX, Binance dan OKEx turut menawarkan perkhidmatan sama bagi XRP/USDT di mana masing-masing menawarkan ‘leverage’ 75x dan 100x, manakala platform pertukaran kecil lain turut menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Bagaimanapun, keterujaan komuniti terhadap pembaharuan itu terbantut apabila CEO BitMEX menerusi akaun Twitter menggelarkan XRP sebagai ‘dogshit’ (tahi anjing).

See Also

Tindakannya jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menghiraukan kualiti produk yang ditawarkan dalam BitMEX, asalkan ia memberi manfaat dari segi kewangan. Selain itu, kejadian itu juga pengajaran untuk individu berpengaruh supaya berhati-hati apabila berkata sesuatu, kerana siapa tahu akan impaknya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top