Now Reading
Korea Utara Dalang Pencurian $7 Juta Kripto?

Korea Utara Dalang Pencurian $7 Juta Kripto?

North Koreans Were Behind USD 7M Crypto Exchange Hack-Techcryption-01

Platform pertukaran mata wang kripto 50 teratas, DragonEx mendedahkan bahawa platformnya berdepan dengan kes kecurian dana akibat digodam pada 24 Mac tahun lalu, berjumlah kira-kira $7 juta. Firma berkenaan membuat pendedahan menerusi Telegram dan mendakwa dana yang dicuri dipindahkan ke pertukaran lain dan mereka kini berusaha untuk mendapatkannya kembali.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa kumpulan penggodam Korea Utara, Lazarus dikatakan mengguna LinkedIn dan Telegram sebagai modus operandi untuk menggodam platform pertukaran. Kumpulan Lazarus terkenal dengan aktiviti haram serangan siber sejak sedekad lalu.

Sebelum ini, kumpulan itu dilaporkan telah mencuri sebanyak $12 juta daripada Banco del Austro di Ecuador dan $1 juta daripada Bank Vietnam, Tien Phong pada 2015. Pada tahun 2017, kumpulan berkenaan dilaporkan telah mencuri $60 juta daripada Bank Antarabangsa Taiwan Far Eastern. Walaupun jumlah sebenar tidak dijelaskan, namun hampir kesemua dana berjaya ditemukan semula.

See Also

Penggodam Korea Utara sering menyasarkan platform pelaburan mata wang kripto dan institusi kewangan untuk menjana program senjata negara berkenaan. Menurut sebuah laporan, Lazarus didakwa mewujudkan sebuah syarikat dan platform kripto palsu utnuk menggodam pekerja DragonEX bagi meraih mata wang kripto.     

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top