Now Reading
KKK: Sejarah Yang Menghantui

KKK: Sejarah Yang Menghantui

Bayangkan insan yang anda kenali menjadi seseorang yang berbeza pada waktu malam? Inilah yang terjadi di satu ketika dahulu, di mana penduduk berkulit putih kelihatan biasa dan bersahaja namun menunjukkan belang sebenar mereka pada waktu malam. Mereka melakukan pembunuhan dan keganasan disebalik topeng, Ku Klux Klan (KKK).

KKK, adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1886 untuk memperjuangkan hak keagungan kulit putih. Organisasi ini bertindak zalim terhadap penduduk Amerika Afrika dengan merogol, membunuh, membakar dengan tujuan untuk menolak hak kemanusiaan dan kerakyatan mereka waktu itu. Ini semua bermula selepas Parti Republik mengumumkan hak perangkaan sama rata antara penduduk kulit putih dan kulit hitam.

Kewujudan KKK adalah titik hitam dalam sejarah Amerika melibatkan krisis ketegangan kaum. KKK pula waktu itu menggunakan sentiment keagamaan untuk menguatkan lagi kedudukan organisasi mereka.

Kata-kata kesat dan panggilan seperti ‘negros’ dan ‘niggas’ digunakan terhadap penduduk Amerika Afrika menjadi kebiasaan ahli KKK yang telah dibasuh dengan ideologi mereka. Inilah sejarah yang cuba dilupakan oleh rakyat Amerika tetapi ia terpahat jelas dan sukar dilupakan.

Ku Klux Klan

Selepas perang saudara berakhir, ahli konfiderasi kembali ke selatan. Ketika itu, penduduk Amerika Afrika masih lagi menjadi hamba. Pada 1866, cawangan pertama KKK ditubuhkan dan terdiri daripada veteran ahli konfiderasi yang berlindung disebalik persatuan sosial di Pulaski, Tennessee. Beberapa perjumpaan dilakukan di sebuah dewan di Pulaski dan juga tempat nama KKK dipilih. Perkataan ‘Ku’ dan ‘Klux’ diambil daripada Greek, ‘kyklos’ yang membawa maksud bulatan.

Selepas pihak berkuasa selatan meluluskan hak kemanusiaan kepada penduduk Amerika Afrika memarakkan lagi aktiviti keganasan KKK. Aktiviti itu diketuai oleh bekas jeneral konfiderasi, Nathan Bedford Forrest.

Perlahan-lahan, KKK berkembang ke setiap negeri di selatan dalam agenda penyebaran ideologi mereka. Hak kemanusiaan yang diberikan kepada penduduk Afrika Amerika serta menjaga kepentingan mereka yang terbantut kerana perang saudara.

Antara cara KKK menakutkan penduduk Afrika Amerika bermula dengan ugutan hingga serangan tidak berperikemanusiaan yang menyebabkan ramai kematian.

Untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah, jeneral Forrest menolak cara keganasaan yang ahli mereka lakukan dan mengarahkan KKK untuk digantung pada Januari 1869. Pada 1871, Akta KKK ditubuhkan kerana kerajaan Republik di selatan meminta bantuan Kongres dalam menangani krisis tersebut. Undang-undang itu akan menghukum mana-mana ahli KKK yang melakukan keganasan. Ini menyebabkan keganasan dan kekejaman KKK menjadi reda.

KKK Abad Ke-20

Walaupun kegiatan KKK mula menyepi sejak 1870-an, ia kembali menghantui Amerika Syarikat dalam abad ke-20. Pada Februari 1915, KKK diadaptasi sebagai sebuah filem bertajuk, ‘A Birth of Notion’ yang menjadi sebuah filem blokbuste dengan tontonan hampir 25 juta. Filem itu memanipulasi fakta dengan menggambarkan bahawa KKK membawa sifat positif manakala penduduk Afrika Amerika adalah penjenayah.

See Also

William Joseph Simmons, seorang pemabuk dan jurujual sangat tertarik dengan filem itu dan bercadang untuk menghidupkan KKK kembali. Dia menubuhkan KKK yang baharu dengan nama ‘Invisible Empire of the Knights of the Ku Klux Klan’ serta menambah ritual-ritual hanya dengan bayaran $10 seumur hidup.

Pada tahun 1920-an KKK menjadi sebuah organisasi yang besar dan mula menyerang penduduk Katolik, Yahudi dan pendatang asing. Mereka lebih berani dengan kegiatan mereka adalah kerana wujud pihak berkuasa yang menjadi penyokong kuat KKK. Pada 1925, KKK memiliki 6 juta ahli berdaftar dengan perniagaan yang menjana $25,000 setahun.

Berakhirnya KKK

Walaupun begitu, KKK mula retak akibat skandal yang melanda David Curtis Stephenson. Dia memegang pangkat Indiana Grand Dragon terlibat dengan skandal merogol dan membunuh seorang wanita. Perkara itu mendapat kecaman di kalangan ahli mereka sendiri dan menjadi salah satu faktor keruntuhan KKK.

Oleh kerana itu, jumlah keahlian mereka semakin menyusut dari 1924 hingga 1928. Pada 1944, KKK dibubar sementara. Namun, terdapat beberapa laporan aktiviti KKK aktif pada tahun 1990-an menunjukkan mereka masih berakar dalam masyarakat Amerika.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top