Now Reading
Pertukaran Kripto Itali, Alsbit Lingkup Akibat Digodam

Pertukaran Kripto Itali, Alsbit Lingkup Akibat Digodam

Hacked New Crypto Exchange Altsbit Announces Operations Shut Down-Techcryption-01

Serangan siber berkaitan kripto kian berleluasa, menyebabkan pelbagai impak negatif ke atas bisnes kripto terutamanya yang mempunyai jumlah pelaburan rendah. Salah satu mangsanya adalah platform pertukaran kripto Itali yang baharu, Altsbit terpaksa berdepan dengan aktiviti godaman pada awal Februari lalu sekali gus menyebabkannya terpaksa menutup operasi kerana kekurangan sumber untuk meneruskan perniagaan.

Pengumuman itu dibuat secara rasmi menerusi laman web platform tersebut sejurus kejadian godaman. Turut dimaklumkan jumlah kerugian keseluruhan dan penutupan berkenaan berkuatkuasa sepenuhnya pada bulan Mei depan. Berikut adalah butiran dana yang dicuri penggodam: –

Bitcoin (BTC): 6,929 syiling daripada 14,782 hilang

Ethereum (ETH): 23,210 syiling daripada 32,262 hilang

Pirate Chain (ARRR): 3,924,082 syiling daripada 9,619,754 hilang

Verus Coin (VRSC): 414,154 syiling daripada 852,726 hilang

Komodo (KMD): 1,066 syiling daripada 40,015 hilang

See Also

Penggodam berjaya memecah masuk dompet panas Altsbit dan merampas kesemua dana. Bagaimanapun, firma itu bernasib baik kerana menyimpan sebahagian daripada jumlah syiling berkenaan di dalam simpanan sejuk dan akan dipulangkan kepada pengguna.

Namun, syiling yang ada tetap tidak dapat menampung kerugian, sehubungan itu Alsbit hanya mampu mengedarkan dana berdasarkan peratusan yang berjaya diselamatkan daripada serangan tersebut.

Untuk rekod, Altsbit bukan pertukaran kripto pertama yang terpaksa menutup operasi akibat serangan godaman. Sebelum ini, pertukaran kripto yang berpangkalan di New Zealand, Cryptopia terpaksa mencairkan dana pada tahun 2019.   

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top