Now Reading
BEARUSDT MEMBUKA RUANG KEPADA PEMBELI DALAM TEMPOH PEMBETULAN HARGA

BEARUSDT MEMBUKA RUANG KEPADA PEMBELI DALAM TEMPOH PEMBETULAN HARGA

BEARUSDT : Bacaan harga bagi pasangan coin Bear TetherUs pada hari ini menunujukan harga sedang berada pada paras support 13.76 – 13.45. Dari pemerhatian kami, harga BEARUSDT telah membuat penurunan sebanyak (22.23%) semalam.

Secara teknikalnya, harga BEARUSDT masih menujukkan kekuatan trend ke bawah ( downtrend ). Pada 11 Febuari 2020 BEARUSDT baru sahaja memecahkan trendline BUY dan ia menunjukkan bahawa harga BEARUSDT akan meneruskan penurunan. Namun, ia dilihat mampu untuk membuat kenaikan semula ke paras resistance terdekat iaitu pada 15.56 dalam jangka masa pendek.

Harga BEARUSDT mula melonjak dari paras harga 14.19 pada 10 Februari 2020 dan membuat harga tertinggi iaitu 16.44 pada 11 Februari 2020 dengan purata kenaikan sebanyak (15.86%). Walaubagaimanapun, purata penurunan yang dibuat semalam lebih tinggi iaitu sebanyak (22.23%). Ini, menunjukkan bahawa pasaran lebih cenderung untuk menurun.

Oleh itu, sekiranya berlaku kenaikan pada pasangan coin BEARUSDT ia mungkin hanyalah bersifat sementara kerana pasaran kebiasaannya membuat retracement terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan. Jadi saranan kami kepada pembeli atau pengumpul BEARUSDT untuk membeli pada harga support terdekat pada 13.76 – 13.45.

See Also

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top