Now Reading
Betul Ke Donald Trump Bagi BTC & ETH Percuma?

Betul Ke Donald Trump Bagi BTC & ETH Percuma?

Donald Trump Offers Free Bitcoin And Ethereum SCAM-techcryption

Donald John Trump, Presiden Amerika Syarikat ke-45 terkenal dengan sikapnya yang lantang mengkritik terutamanya apabila berkaitan mata wang kripto. Hantaran status Twitter miliknya pada tahun lalu secara langsung menunjukkan bahawa beliau menentang idea mata wang digital.

Bagaimanapun, penjenayah siber gemar menyamar sebagai Trump untuk mengeluarkan kenyataan palsu yang mengatakan beliau mengagihkan Bitcoin dan Ethereum secara percuma. Kenyataan palsu yang dibuat menerusi Twitter itu disertai dengan pautan yang akan membawa mangsa ke laman web mencurigakan di mana mereka diminta untuk memindahkan kripto untuk mendapat pulangan tinggi.

See Also

Penipuan yang dipercayai didalangi oleh rakyat Rusia itu bagaimanapun gagal kerana tiada wang yang dihantar ke alamat Bitcoin mahupun Ethereum. Sebelum ini, terdapat kes serupa yang berlaku, tetapi menyamar sebagai Elon Musk, iaitu pengasas bersama dan CEO di Tesla.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top