Now Reading
Transaksi Kripto: Peraturan Anti-Pengubahan Wang Haram Diperketat

Transaksi Kripto: Peraturan Anti-Pengubahan Wang Haram Diperketat

Lembaga Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) mengumumkan satu cadangan baharu yang menggariskan pelaksanaan peraturan anti-pengubahan wang haram yang lebih ketat ke atas transaksi mata wang kripto.

Berdasarkan cadangan berkenaan, transaksi kripto yang melebihi 1,000 Swiss Franc ($1,025) perlu menyediakan identifikasi pelanggan berbanding had semasa iaitu 5,000 Franc ($5,120). Menurut FINMA, penetapan had baharu berkenaan dipertimbangkan semula susulan risiko pengubahan wang haram semakin meningkat dalam ruangan kripto.

Cadangan yang dikeluarkan itu mengikuti kriteria ditetapkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) berhubung ‘travel rule’ bagi penghasilan kripto pada Jun 2019 lalu, di mana memerlukan pengawasan lebih ketat dan perkongsian maklumat pelanggan antara platform pertukaran.

Dalam pada itu, FATF yang bertindak sebagai penyelia aktiviti anti-pengubahan wang haram global telah menetapkan had sebanyak $1,000 bagi transaksi kripto yang tidak dikenalpasti di bawah ‘travel rule’ baharu. Ini bermakna, firma dan pertukaran kripto dikehendaki untuk mengutip dan berkongsi maklumat pelanggan yang mempunyai transaksi melebihi had $1,000.

See Also

FINMA dalam pengumumannya memberitahu bahawa badan berkenaan akan mengadakan rundingan awam yang memfokuskan cadangan kripto baharu tersebut pada 9 April hadapan.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top