Now Reading
Alipay Wujudkan Platform Perkhidmatan Maklumat Pencegahan Wabak

Alipay Wujudkan Platform Perkhidmatan Maklumat Pencegahan Wabak

Alipay Initiates Blockchain-Based Epidemic Prevention Information Platform-techcryption

Alipay, sebuah platform pembayaran atas talian dan mudah alih diwujudkan di Hangzhou, China pada Februari 2004 oleh Kumpulan Alibaba dan Pengasasnya, Jack Ma. Memandangkan wabak Koronavirus (Covid-19) menjadi perhatian dunia ketika ini, sehubungan itu Alipay mengambil inisiatif mewujudkan platform perkhidmatan maklumat pencegahan wabak tersebut.

Menurut Alipay, platform berkenaan menggunakan teknologi Blockchain Ant dan akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Jawatankuasa Ekonomi dan Teknologi Maklumat Wilayah Zheijiang.

Menerusi platform blok rantai berkenaan, keterhubungan yang dijalankan boleh dipercayai dan lebih telus. Ini adalah berikutan segala perubahan yang terdapat dalam platform blok rantai disahkan oleh pemilik, jadi keseluruhan rekod dapat dijejak dengan efisien.

See Also
car 2020-techcryption

Ketika ini, Kumpulan Keselamatan Perubatan Wilayah Zheijiang telah melancarkan senarai barangan keperluan pertama yang mengandungi topeng perubatan serta pakaian pelindung. Dalam pada itu, firma berkenaan turut menyediakan program blok rantai kepada program kecil ‘developer’ yang berkaitan epidemik secara percuma dan turut diperuntukkan dana.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top