Now Reading
Binance Kekurangan Tether (USDT)

Binance Kekurangan Tether (USDT)

Binance Running Out of Tether (USDT)-techcryption

Platform mata wang kripto terbesar dunia, Binance dilaporkan kehabisan Tether (USDT) memandangkan kebanyakan pelabur signifikan mengesahkan kesukaran untuk terus menggunakan Binance buat ketika ini kerana kekurangan pertukaran syiling berkenaan.

Penganalisis mata wang kripto, Jacob Canfield turut mengulas mengenai perkara berkenaan pada laman Twitter miliknya yang mengatakan bahawa beliau menjangkakan perkara tersebut akan berlaku untuk tempoh masa beberapa hari dan dalam masa sama peluang untuk pelabur mengaut keuntungan. Bagaimanapun, Binance mahupun Tether masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi tersebut.

Memandangkan situasi itu menggambarkan permintaan melebihi jangkaan dan bekalan, Tether Treasury mungkin perlu mengeluarkan lebih banyak USDT ke dalam akaun yang mempunyai kekurangan atau memberi alternatif kepada Binance dengan lebih banyak kecairan melalui rizab sedia ada.

See Also

Sebelum ini, Tether Treasury dilaporkan ‘membakar’ USDT pada seminggu lalu yang bernilai $102 juta, sebahagian daripada penebusan ke dalam Dolar Amerika Syarikat.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top