Now Reading
Kesatuan Pendidikan Blok Rantai Lantik Ahli Baharu: Binance X, Mastercard & Xpring Ripple

Kesatuan Pendidikan Blok Rantai Lantik Ahli Baharu: Binance X, Mastercard & Xpring Ripple

Blockchain Education Alliance Gained Noteworthy New Members Like Binance X, Mastercard & Ripple's Xpring-techcryption-01

Kesatuan Pendidikan Blok Rantai telah ditubuhkan pada Oktober tahun lalu oleh Universiti MouseBelt yang memfokuskan kepada penyebaran pengetahuan blok rantai dan mendidik pelajar mengenai teknologi berkenaan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan blok rantai.

Sehingga kini, MouseBelt telah menjalankan pelbagai program dan Kesatuan Pendidikan Blok Rantai merupakan salah satu daripadanya. Dalam pada itu, Program Universiti berkenaan turut diperluaskan ke 14 buah negara dan termasuk 67 organisasi blok rantai pelajar.

Kesatuan Pendidikan Blok Rantai menyasarkan untuk membentuk lebih banyak pengajaran secara langsung dan mewujudkan talian kerjasama antara penyelidik dan pemain industri blok rantai sebanyak yang mungkin. Selain itu, mereka kini turut mencari peluang kerjasama dengan ‘start-up’ blok rantai.

Inisiatif berkenaan mendapat sambutan baik di mana ahlinya terdiri daripada Binance X, Mastercard, Xpring Ripple, Ethereum Classic Labs, Yayasan TRON dan pelbagai lagi.

See Also

Menerusi pelbagai usaha dan pembaharuan yang dijalankan, ia sekali gus membuktikan bahawa teknologi blok rantai wajar untuk diberikan perhatian global. Dengan itu, menerusi kewujudan Kesatuan Pendidikan Blok Rantai, usaha untuk memacu pembangunan blok rantai akan terus dipertingkat dan dipergiatkan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top