Now Reading
Tether Pertingkat Sistem Anti-Pengubahan Wang Haram Menerusi Chainalysis

Tether Pertingkat Sistem Anti-Pengubahan Wang Haram Menerusi Chainalysis

Seiring perkembangan industri kripto, ‘stablecoin’ terkemuka dunia, Tether tidak melepaskan peluang untuk mempertingkat sistem perkhidmatannya menerusi penyelesaian patuh anti-pengubahan wang haram (AML) oleh syarikat analisis blok rantai, Chainalysis.

Sistem tersebut, Know Your Transaction (KYT) oleh Chainalysis yang dihasilkan untuk pengeluar token mampu mengesan dan mengawasi proses perjalanan kitaran token bermula daripada pengeluarannya sehinggalah penebusan dalam waktu nyata (real time).

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi Chainalysis, Jonathan Levin, ‘stablecoin’ seperti Tether yang nilainya berdasarkan aset lain diwujudkan untuk meraih adaptasi dalam kalangan orang awam yang bimbang akan ketidaktentuan harga seperti mana terdapat pada mata wang kripto sedia ada.

“Dengan meletakkan pengawasan AML bersesuaian, Tether mampu menawarkan ketelusan dan patuh kawal selia sekali gus kepercayaan dalam kalangan pengguna akan turut meningkat.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi Chainalysis, Jonathan Levin

Menerusi integrasi Chainalysis KYT yang menggunakan program aplikasi antara muka (API), pengeluar token dapat mengawasi aktiviti berjumlah besar dan mengenalpasti risiko tinggi dalam transaksi pada setiap masa. ‘User interface’ juga membenarkan mereka memahami profil risiko yang terdapat pada pemegang token dengan data dikemas kini, menapis setiap pengguna menerusi tahap pendedahan risiko untuk mengenalpasti sebarang aktiviti mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Tether, Paolo Ardoino percaya bahawa Chainalysis KYT membantu meningkatkan proses AML bagi kesemua transaksi yang melibatkan token Tether.

Jelasnya, penyelesaian tersebut memastikan program pematuhan yang lebih selamat yang kelak mewujudkan kepercayaan dalam kalangan pihak kawal selia, agensi pelaksanaan perundangan dan pengguna.

See Also
Luno Exchange-techcryption

“Kesemua proses KYT tersebut dapat dilakukan tanpa mendedahkan maklumat identifikasi pengguna dan data-data tersebut hanya disimpan dalam ‘server’ kami.”

Ketua Pegawai Teknologi Tether, Paolo Ardoino

Untuk rekod, pasaran kapital Tether mencatatkan peningkatan daripada $1.8 bilion pada 1 Januari 2019 lalu sehingga kira-kira $4.6 bilion pada Februari 2020. Tether mula dilancarkan menerusi Ethereum pada Januari 2018 dan turut tersedia dalam Omni.

Tether menawarkan inovasi teknologi terkini dan pembangunan produk baharu dalam ekosistem mata wang kripto. Setakat ini, syarikat kumpulan Tether telah menyokong Dolar AS (USD₮), euro (EUR₮) dan yuan (CNH₮).

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top