Now Reading
$1 Juta Bernilai Kripto Mungkin Hilang Dari BT360

$1 Juta Bernilai Kripto Mungkin Hilang Dari BT360

$1 Million Worth Of Crypto Potentially Lost From BT360-techcryption

Dompet dan separa pertukaran kripto Israel, BT360 mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penggunanya apabila laman web dan akaun media sosialnya ditutup. Terdapat segelintir pengguna yang tidak berpuas hati kerana dompet dimiliki tidak dapat melaksanakan proses penghantaran syiling.

Ramai pengguna yang takut jika itu adalah ‘exit scam’ kerana menerima mesej ralat pada aplikasi mudah alih dan status luar talian laman web dan sosial media akaun. Bukan itu sahaja, CEO BT360, Erez Fisher juga mempunyai sejarah fail muflis dan turut dituduh atas kes penipuan.

Menurut laporan crypto-markets.news, Fisher tidak lagi berkhidmat di firma berkenaan selepas mendedahkan kepada pemilik syarikat mengenai isu transaksi kripto sebelum meletakkan jawatan.

See Also

“Kami mengambil keputusan untuk menutup server, jadi tiada langkah selanjutnya yang akan diambil. Apabila telah menemui punca, kami akan membuka semula sistem dan platform ini akan berjalan seperti biasa. Kesemua pengguna mengadu kepada saya secara langsung dan telah juga dijawab persoalan mereka. Jadi mereka perlu bersabar dan tunggu sehingga isu diselesaikan.”

Pemilik BT360, Eyal Sade
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top