Now Reading
Minggu Kedua Kelas Kripto Asas Techcryption

Minggu Kedua Kelas Kripto Asas Techcryption

Techcryption kembali lagi menyemarakkan Kelas Kripto Asas yang berlangsung di Union Space, Bangsar. Kelas yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya diadakan semalam di mana mengumpulkan pelabur kripto dan mereka yang berminat untuk mempelajari mengenai mata wang kripto.

Kelas bermula dengan pengenalan mendalam mengenai mata wang kripto oleh salah seorang wartawan di Techcryption, Lokini. Peserta dan pelabur yang hadir menunjukkan minat mendalam mengenai mata wang kripto dan ada antara mereka yang memiliki sejumlah kripto. Dua peserta, Alyaa dan Sade masing-masing berpendapat bahwa kelas ini sangat bermanfaat memandangkan mereka percaya bahawa mata wang kripto bakal menjadi masa depan kewangan.

Kemudian, sesi diteruskan dengan Tuan Muda Kripto, Adlan dan Hakimi daripada Exclusive FX yang juga rakan kongsi Techcryption berkongsi pengalaman mereka dalam pelaburan mata wang kripto dan analisis teknikal. Apa yang pasti, kelas ini dianjurkan secara percuma! Peserta juga berpeluang balajar mengenai kripto sambil bermain permainan menyeronokkan. Dengan itu, Sade berjaya memperoleh 30 XRP setelah memenangi permainan tersebut.

See Also

Techcryption berbesar hati menganjurkan kelas asas kripto di samping menyebarkan kesedaran mengenai nilai mata wang kripto. Techcryption menghargai masa diluangkan peserta untuk mempelajari asas pelaburan mata wang kripto. Terima kasih!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top