Now Reading
5 Buku Wajib Kripto & Blockchain

5 Buku Wajib Kripto & Blockchain

5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Dalam artikel sebelum ini, Techcryption berkongsi tentang 5 Filem Kripto Wajib Tonton! Kali ini, kami kongsikan 5 buku wajib yang terbaik untuk bacaan anda tentang teknologi blockchain dan mata wang kripto.

The Book of Satoshi oleh Phil Champagne

Penulis menghimpunkan koleksi tulisan Satoshi Nakamoto untuk memberikan pembaca satu pengalaman yang jelas tentang kewujudan mata wang kripto dipanggil Bitcoin. Buku ini akan membawa anda ke suatu masa, ketika Satoshi berusaha membentangkan visi miliknya kepada dunia.

Buku ini tidak mendedahkan identiti sebenar Satoshi Nakamoto kerana sehingga kini, tiada siapa yang mengetahuinya. Jika anda masih lagi baharu dan ingin mengetahui sejarah Bitcoin.

Bitcoin: The future of Money oleh Dominic Frisby

Buku ini memperkenalkan mata wang digital atau kripto, Bitcoin. Dalam beberapa bahagian dalam buku ini, penulis bertindak sebagai detective untuk membongkar misteri Satoshi Nakamoto dengan mengaitkan sosok misteri itu dengan individu-individu terawal terlibat dalam projek blockchain.

Selain itu, penulis juga memberikan pendapatnya sendiri tentang siapa Satoshi Nakamoto. Buku ini tidak terlalu teknikal dan sesuai untuk bacaan mereka yang ingin tahu tentang Bitcoin dengan pendekatan kurang teknikal.

Blockchain Basics: A Non-Technical Introduction in 25 Steps oleh Daniel Drescher

Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin memahami teknologi blockchain secara mudah untuk mereka yang tiada pengalaman IT.

Penulis memberikan penerangan tanpa mengunakan istilah-istilah yang kompleks supaya pembaca boleh mengikuti setiap langkah-langkah yang ditunjukkan tanpa masalah.

The Internet of Money oleh Andreas M. Antonopoulos

Dalam buku ini, penulis menjawab soalan-soalan tentang Bitcoin. Daripada soalan bagaimana Bitcoin berfungsi hingga mengapa Bitcoin penting sebagai mata wang masa hadapan.

See Also

Selain daripada itu, penulis juga aktif dalam komuniti kripto dan yakin dengan potensi dan kemampuan Bitcoin.

Digital Gold oleh Nathaniel Popper

Penulis tidak hanya bercerita tentang Bitcoin tetapi juga cubaan-cubaan individu untuk mereka semula wang. Penulis memberi pandangan yang kritikal dalam subjek ini.

Buku ini juga tercalon dalam Financial Times pada tahun 2015 dan banyak membantu pembaca untuk memahami pandangan negara-negara lain yang mengalami masalah kewangan.

Koin Terakhir Kami

Mata wang kripto dan teknologi blockchain mempunyai potensi yang besar dan mampu memberikan impak untuk kehidupan manusia. Langkah pertama kita adalah untuk memahami dan mendalami sebelum mula menilai. Apa kata mula membaca tentang Bitcoin dan blockchain dengan 5 buah buku di atas!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top