Now Reading
Cara Pembelian Mata Wang Kripto Menerusi Swapnology

Cara Pembelian Mata Wang Kripto Menerusi Swapnology

Swapnology merupakan platform pertukaran kripto ke kripto atau kad debit/kredit ke kripto yang menawarkan kadar pertukaran terbaik dan transaksi selamat bagi mata wang kripto dan elektronik di seluruh dunia, tanpa komisen tersembunyi atau yuran dikenakan. Dilengkapi dengan antara muka yang intuitif dan mudah digunakan, Swapnology merupakan platform pertukaran kripto yang pantas.

Platform berkenaan menyediakan kaedah pembayaran yang pelbagai di mana pengguna boleh membuat pembelian menggunakan mata wang kripto atau kad debit/kredit. Swapnology ketika ini menyokong Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC) dan Ripple (XRP). Ini bermakna pengguna boleh menghantar BTC untuk memperoleh ETH atau sebaliknya.

Selain itu, Swapnology turut menawarkan ciri-ciri tambahan seperti Discount Program dan Affiliate Program menerusi mekanisma perkongsian komisen. Apa tunggu lagi, ayuh belajar cara menggunakan Swapnology untuk memiliki mata wang kripto yang diingini.

Cara Mendaftar

Mulakan dengan menghasilkan akaun Swapnology dengan memasukkan nama, alamat emel dan kata kunci. Setelah itu, pautan pengesahan akan dihantar ke alamat emel anda. Selepas disahkan, ia boleh digunakan!

Setelah selesai, anda akan dibawa ke halaman Dashboard seperti di bawah.

Cara Tukar Kripto Ke Kripto

Untuk menukarkan sesebuah syiling ke syiling lain, sebagai contoh, sekiranya anda ingin menukarkan Bitcoin ke Litecoin, pergi ke laman utama dan masukkan jumlah BTC yang anda ingin tukarkan dalam kotak ‘You Send’ dan pilih BTC daripada menu ‘drop-down’. Kemudian, pilih LTC daripada menu ‘drop-down’ dalam kotak ‘You Receive’ dan perkhidmatan platform akan membuat kiraan secara automatik jumlah Litecoin yang akan anda terima. Setelah ditetapkan, klik pada butang ‘Exchange Now’.

Seterusnya, hantarkan alamat dompet anda untuk menerima Litecoin. Akhir sekali, klik ‘Confirm and Make Payment’. Pastikan anda semak semula untuk pastikan maklumat tepat dan klik ‘Proceed to payment’. Tunggu sehingga transaksi diproses. Anda akan menerima LTC dalam tempoh 5-30 minit. Namun, kadang-kala, tempoh proses transaksi mungkin akan mengambil masa lebih lagi kerana penangguhan rangkaian.

Setelah transaksi selesai, anda akan menerima resit bersama hash transaksi output yang membuktiukan transaksi anda berjaya.

Cara Beli Kripto Guna Kad Kredit/Debit

See Also

Pengguna berpeluang untuk membeli mata wang kripto menggunakan kad kredit atau debit. Menerusi Swapnology, pengguna boleh membeli BTC, BCH (Bitcoin Cash), LTC, XRP dan ETH menggunakan Mastercards atau Visa. Sekiranya anda ingin membeli BTC, masukkan jumlah USD yang perlu dibayar untuk membeli syiling tersebut, dan Swapnology akan membuat kiraan BTC secara automatik seperti tertera di bawah. Jangan lupa masukkan alamat dompet BTC anda dan klik ‘Continue’.

Masukkan butiran kad dan ‘contact’, kemudian klik pada ‘Pay Now’.

Menerusi kaedah ini, anda perlu melengkapkan proses pengesahan ID. Proses ini amat mudah dan hanya mengambil beberapa langkah sahaja. Setelah proses selesai, anda boleh teruskan pembayaran sekali gus menerima jumlah BTC yang telah anda bayar.

Peringatan untuk anda bahawa minimum pembelian mata wang kripto menggunakan kad debit/kredit adalah 50 hingga 20,000 USD.

Mudah bukan? Apa lagi, selamat mencuba!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top