Now Reading
LINKUSDT Masih Dalam Sideways Dan Membawa Momentum Menurun

LINKUSDT Masih Dalam Sideways Dan Membawa Momentum Menurun

LINKUSDT : Bacaan harga bagi pasangan coin ChainLink TetherUS pada hari ini menunjukan harga berada dalam sideways dalam lingkungan harga (4.2666 – 4.1142) . Tidak cukup dengan itu, LINKUSDT juga telah memberi tekanan harga pada paras support kecil , 4.1142 , dan ini menunjukan harga memang dalam momentum menurun untuk minggu ini.

Secara teknikalnya, harga LINKUSDT telah membuat penolakan harga pada paras yang sama iaitu pada paras harga 4.7500 , dan ini juga dikenali sebagai (Double Top) . Watak atau sikap yang ada pada bentuk carta LINKUSDT kali ini menunjukan harga LINKUSDT bakal turun menuju paras support terkuat iaitu pada (3.6443 – 3.5082).

Harga LINKUSDT telah mencuba untuk melepasi paras resistance kecil pada 4.5127 , namun percubaan untuk membawa harga terus naik itu tidak berjaya. Kenaikan yang dilakukan pada minggu lepas merupakan (9.87%) sebelum terus membuat penurunan sehingga pada hari ini.

” TheLAOOfficial an OpenLawOfficial project has confirmed that they will be using #Chainlink oracles to on-board ONLY accredited investors. Just another way #chainlink can help solve complex regulatory issues in this space. ” – tweet daripada akaun twitter ChainLink News yang menyokong berita ini.

Jadi dengan ini, kami berpendapat LINKUSDT bakal terbang mencari harga paras tertinggi terbaru pada bulan Mac ini. Walaubagaimanapun, harga LINKUSDT ini perlu turun ke paras support (3.6443 – 3.5082) sebelum membuat kenaikan harga tertinggi pada bulan Mac 2020.

Kesimpulan analisa pada kali ini, kami berpandangan bahawa LINKUSDT sedang cuba membuka ruang kepada penggemar atau pengumpul CHAINLINK untuk membeli coin tersebut pada paras support terdekat iaitu (3.6443 – 3.5082).

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top